Pages

Friday, May 27, 2011

SERIKANDIUMAR SUDAH LENYAP

Telah aku lenyapkan serikandiumar dari diriku. Telah aku tinggalkan ketegasan umar yang hanya tegas di mulut tetapi tidak pada tindak tandukku. Maafkanku ya Allah kerana bicaraku dusta… perlakuanku hina. Sudilah kiranya Engkau mengampunkan gadis ini Ya Allah…

          Titis dosa berguguran…. Menangis mengharapkan keampunan…  aku capai buku Khadijah… Cinta Abadi Kekasih Nabi… hiba… penuh hiba menatap bait kata itu. Duhai diri… kenapa tunduk pada nafsu mu… tidakkah Engkau malu kepada Allah serta bonda Khadijah yang merupakan cerminan wanita solehah…?

          Izinkan aku ya Allah… menjadi si asrar. Penuh kerahsiaan… yang rahsia diriku hanya milik-Mu Tuhan….

Selamat tinggal serikandiumar~


Monolog diriku,
Serikandi asrar
27 MEI 2011
6:53 am

Wednesday, May 11, 2011

MASIH MENUNGGU

Hairan. Semua orang hairan ke manalah serikandiumar ini bakal tuju. Aku dengan rela hatinya tidak menghadiri temuduga Darul Quran. Aku dengan senang hatinya membatalkan kemasukan aku ke Insaniah. Serta dengan selambanya aku menolak UIAM. Allah… ke mana langkahku ini bakal dihayun?

          Aku yakin dengan janji-Mu ya Allah. Saat ini aku masih menunggu dengan sabar detik itu akan tiba. Detik di mana keputusan itu yang terbaik buatku. Saat itulah kaki ini akan melangkah ke suatu tempat yang ditetapkan buatku.

          Buat sahabatku, doakan kejayaan serikandiumar ini. Ke mana aku akan pergi? Biarlah menjadi rahsia buat diriku… siapa yang tahu… SENYAP!... mahu menanti dengan penuh sabar dan keyakinan yang teguh pada Ilahi..

          Titipkan doa pada serikandiumar ini selalu ya.. ^___^

p/s : alhamdulillah, murah rezeki aku… selalulah kita amalkan waqiah setiap hari… :)

Monologku,
Serikandiumar93
5:53 PM
11 MEI 2011

JALINAN

          Lamanya tak menulis. Sejak asyik ke Kuala Lumpur menguruskan sesuatu, aku sudah tidak ada rasa untuk menjengah ke sini. Hanya sekali-sekala sahaja. Laptop pun malas buka apatah lagi blog ini.

          2 hari di Kuala Lumpur, banyak yang aku pelajari. Sebuah pengalaman berharga bersama sahabat tercinta. Paling seronok apabila kami disambut dengan meriah oleh saudara. Dari Putrajaya, lepak-lepak di ofis pak long setelah ke kementrian. Dia mengajak ke rumah tok cik. Boleh makan ikan keli ^___^

          Esoknya ke Kajang. Beli tiket bus. Tapi… Pak Njang tak bagi beli. Dia suruh pergi juga rumah dia di Semenyih. Pastu beli di Puduraya petang nanti. Ada sifat yang harus kita ikut di sini. Layan tetamu dengan baik dan sanggup bersusah payah demi kesenangan tetamu.

          Ya…akui, memang dilayan dengan baik. Pukul 2 bertolak ke Seremban, makan di sana… setelah selesai urusan. Seronok dapat datang sini… kemudian bertolak ke Puduraya. Jauh juga nak sampai, tetapi nak layan tetamu punya pasal.. redah juga.

          Sampai di Pudu.. ada bus kosong dah nak bertolak. Masing-masing berlari mendapatkan bus. Best… ada jalinan ukhwah di situ. Susah payah bersama.

          Kesimpulannya… singkat mana pun masa kita, kita harus melayan tetamu dengan baik. Layan tetamu dengan baik, banyak pahala yang dapat…

Selamat beramal… 

Credit picture family yang aku ambik time belek laptop Pak Njang. Comel gambar keluarga ni. 
^___^

Diariku,
Serikandiumar93
2:11 pm
11 MEI 2011