Pages

Saturday, April 23, 2011

DRIVING

          Seminggu ini agak tension. Haha…serabut kepala ni. Pening-pening. Pagi tadi belajar kereta. Salah! Salah dan terus salah…

          Naik bukit mati enjin banyak kali. Patah balik… mati juga. Apa nak jadi ni? pusing ke 3 penjuru, pusing terlalu cepat akibatnya nak reverse pun payah… senget saja. Salah lagi…

          Parking pula… mati enjin banyak kali. Aku hentak-hentak tangan. Tension-tension. Apa banyak salah hari ini. Letak kepala kat stereng, nak nangis pun ada. Takpa.. cool lah. Baca bismillah… buat lagi, alhamdulillah…

          Pusing kiri habis… kanan 2 kali.. kanan habis.. kiri 3 kali.. orait, okeh. Tapi dengar ‘uncle’ Cina kat sebelah dok perli-perli… tension betul la. Tarik muka… huhu cikgu aku pun tak kata apa!

          Latihan on the road.. ok.. n KO… cikgu kata OK dah la tu. Balik- balik saja pusat latihan nak accident.. fikir apa ntah!

          Cikgu tanya soalan banyak sangat. Tak habis-habis dengan soalan cikgu… last-last… cikgu kata apa tau?

          “Ha….ini yang macam cikgu kata, pakai tudung labuh semua elok-elok.. tengok akhir dia dah kena tebuk! Macam apa yang jadi nilah… buat elok dari awal, last-last jadi macam ni time JPJ.. habis kamu!”

Terkedu… soalan maut selalu cikgu ni!


Diariku,
Serikandiumar93
23 APRIL 2011
5:20 PM

CABARAN BERPURDAH


          Nak pakai purdah bukan senang. Tambah-tambah untuk istiqamah. Memerlukan kekuatan hati yang kuat. Kalau tak berani nak hadapi cabaran, jangan mencuba kerana padahnya anda akan merana! Betul ka?

          Banyak cabaran yang bakal dilalui. Hubungan dengan Allah dan kekuatan hati sangat-sangat diperlukan kerana mungkin tiada siapa yang memahami apa yang sedang berlaku kepada si pemakai.

          Aku? Aku macam nak menjerit minta sahabat-sahabat faham. Tapi sapa nak faham.. diri sendiri kena kuat.

          Kali pertama melangkah keluar, seram badan… menangis la juga sikit. Takut.. huhu. Rasa macam nak lari sembunyi bila orang tengok semacam. Haha.. sampai macam tu sekali? Ini yang berlaku dekat akulah…

          Tanggal 2/2/2008, aku melangkah keluar dari rumah sewa Tibbil Qulub menuju ke maahad. Ada seminar nuqaba hari tu. Rasa macam tak mahu pergi saja. Masuk pintu pagar sekolah. Fuh…semua mata tengok. Aduh… nak jalan pun kekok. Tunduk sampai sakit kepala..huhu

          Semua tanya… sapa tu? Alar…tengok mata lah… ha…kenal-kenal… ^___^ alhamdulillah orang mudah kenal sebab tengok mata…

          Masuk dewan… tepukan semangat dari Syifa Hana (anak Dr. Harlina). Huhu… ketar-ketar… nak lalui tempoh perubahan yang drastik ni.

*****

          Pergi sekolah macam biasa. Sepanjang berjalan kaki nak pergi sekolah semua orang tengok. Tengok-tengok apa? Argh..rasa macam nak menjerit suruh orang henti tengok…

          Mahu tidaknya…beberapa tahun ini mana ada sejarah orang pakai purdah datang sekolah… jadi yang first la ya serikandiumar :)

Kat sekolah boleh pakai purdah?

          Tak boleh pun. Sampai depan pagar sekolah buka, bila habis sekolah pakai. Menuntut ilmu tidak boleh ada hiijab bukan?

Apa cabaran?

          Banyak juga… macam-macam kena panggil. Ninja.. ayat-ayat cintalah… huih, pelik-pelik.

          Cabaran dengan ahli keluarga sendiri lagi dahsyat. Aku melalui tempoh pentarbiyahan dalam berpurdah yang sungguh dahsyat. Keluarga tidak menerima hingga aku membawa diri jauh.

          Di usia 15 tahun, tidak balik rumah. Wang saku tiada. Membawa diri ke program-program islami. Maklumlah… pilihan raya time tu, tempat aku di markaz. Menjengah ke dunia perjuangan di usia yang muda!

          Ujian-ujian demi ujian… tak terdaya nak lalui. Sakit hati semua ada. Tika itu… hubungan dan keyakinan dengan Allah perlu kuat supaya diri tidak futur.

          Nak tahu cabaran aku? Hmm… satgi aku sambung cerita… nak solat Subuh dan nak pergi belajar kereta pukul 7 nanti…

p/s : cabaran menguatkan kita sahabat!


Diariku,
Serikandiumar93
23 APRIL 2011
5:59 am

Friday, April 22, 2011

I'M SORRY


I’M SORRY
         
          Meninggalkan blog untuk seketika dan membiarkan USRAH ONLINE tergantung begitu sahaja. Aku masih memikirkan ‘modus operandinya’. Tidak mahu tersilap langkah.

Insyaallah.. pada peringkat permulaan. Begini ceritanya… (dengar baik-baik nih..huhu)

First…

          Add lah serikandiumar93 di ym korang.. Tapi, jangan lupa tinggalkan pesanan, dah banyak orang add tapi tak tinggal pesan, pening kepala ni juga nak fikir cara.

Second…

          Aku akan buat entry sebelum usrah bermula, pastikan korang ronda-ronda blog ni selalu lah untuk pastikan usrah akan diadakan.

          Insyaallah…akan bermula minggu hadapan ^___^

Third…

          Bila dah tahu ada usrah malam tuh, onlinelah korang, jangan tunggu aku nak pergi jemput, aku jemput melalui entry saja…huhu pandai-pandailah datang sendiri ya!

          Bila dah ramai-ramai ada, aku akan invite korang untuk ym di conference. Faham dah takat ni?

*****

          Jadi…usah risau. Usah fikir-fikir. Tunggu aku post entry nanti untuk maklumkan ada usrah. Tajuk nanti aku inform lain. Ngerti?

Alhamdulillah… dah nampak yang angguk kepala… huhu ^___^

          Untuk pengetahuan, ini adalah gerak dakwah aku yang pertama untuk buat usrah online. Jadi… supportlah sikit ya.. demi dakwah Islam semata.

p/s : support tau…
my ym : serikandi_umar93@yahoo.com

tinta serikandi,
serikandiumar93
3:33 pm
22 APRIL 2011