Pages

Saturday, January 15, 2011

TEGURAN BUATMU

               Cukuplah aku letakkan sekeping sahaja gambar Fasha Sandha ni. Kalau nak tengok gambar-gambar lain, carilah sendiri ya. Aku tahu gambar Fasha Sandha ini sudah mengundang kontraversi. Cumanya malas untuk aku bicarakan. Tadi, sewaktu tengah lawat satu blog ni… dia ada cerita pasal benda ni. Ok ja nak dedahkan. Cumanya…comment dari orang lain terlampau teruk sangat. Tidak menjaga adab langsung. Jadi, tujuan aku post entry kali ini atas dasar teguran…supaya lepas ni, kalau nak kutuk pun, berpada-pada, jangan hingga mengeluarkan kata-kata kesat apatah lagi berbau lucah.

Allah tidak menyukai ucapan buruk[371], (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya[372]. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

~an nisa : 148~

[371]. Ucapan buruk sebagai mencela orang, memaki, menerangkan keburukan-keburukan orang lain, menyinggung perasaan seseorang, dan sebagainya.

[372].
Maksudnya: orang yang teraniaya oleh mengemukakan kepada hakim atau penguasa keburukan-keburukan orang yang menganiayanya.

            Bukannya aku nak membela si Fasha ni. Ya, aku tahu. Perbuatan dia salah. Salah dari sisi agama. Malahan mencalarkan peribadi dirinya sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Cumanya, aku kesal… teguran kalian bukan sahaja melampau-lampau. Malah agak lucah kedengaran. Terasa malu aku sebagai wanita apabila kata-kata itu dilontarkan buat kaum Hawa. Kasihan juga kepada si Fasha.

            Aku benci melihat kata-kata seperti ini dilontarkan. Inilah yang aku katakan, seorang lelaki itu punya imaginasi yang cukup tinggi. Oleh sebab itu, kaum Hawa sekalian janganlah cuba-cuba untuk meletakkan gambar kalian sesuka hati. Inilah akibatnya… sekalipun jijik untuk aku pamerkan, terpaksa juga aku rungkaikan supaya ianya dijadikan pengajaran buat kaum Hawa di luar sana…..

Alahai… nape la x tunjuk fasha yg full body nyer.. nk gak tgk ***** dia besar mana.. ***** dia gebu ke x..

*****

betul tu.. kalau nak cari publisiti hangat.. tunjuk la semua.. kalau setakat pakai coli dan seluar dalam dah biasa tengok..
cuba la bogel.. mesti meletup punya..

            Tersirap darahku membaca comment ini. Banyak lagi comment yang ada. Cuma aku hanya mampu untuk dedahkan takat ini sahaja. Jijik untuk aku terus pamerkan. Aku sungguh kesal. Benda ini pula ditulis oleh pemuda Melayu kita. Teguran aku ialah tolong jaga batas dalam menegur seseorang. Memang si Fasha ni salah. Tapi tak patut kalian mengaibkan dia. Ini bagi kes yang menegur terlampau. Ada juga yang comment benda ni hanya perkara biasa. Ini salah satu masalah juga…biasa dia kata?

how can u guys be so dumb in saying she has no education in islam and etc? if u guys go to anywhere in overseas, u can see a lot of malaysians are far more worst than just a picture of her in bali wearing bikini. besides, in kl is just enough to the girls fucking around even they are wearing tudung. so she just wears bikini for a holiday. what do u guys care it so much? as if u guys has a lot of good morals in you. why do u have to commented on such silly thing?  

*****

you r dumb..lol!! she is a real bitch!!..u too!! either in oversea or malaysia..if u r muslim..u have to cover it!! stupid people..~this is not a silly thing..this is a very big issue..ni la dunia akhir zaman..bnda besar camni,ko bleh kate silly thing??..bongok.

            Aduh…ini salah pula. Benda ni memang masalah besar la. Mana boleh seorang wanita Islam berpakaian sebegitu di khalayak umum. Malah gambarnya pula turut tersebar di merata tempat. Hanya ‘click’ sahaja, maka keluarlah segalanya. Memang kita nampak tiada masalah dia berpakaian sebegitu. Tapi azab Allah taala sapa yang tahu? Kalaulah Allah tarik nyawa kita tika kita berpakaian sedemikian..apa nak jadi tu? Nauzubillah… moga-moga sinar keinsafan timbul di benak hatinya.

            Mungkin Fasha dah sedar. Dia juga sudah memohon maaf kepada semua. Jadi, berhentilah mengeluarkan kata-kata yang kesat itu. Bukannya aku membela, aku juga turut berasa kecewa dan marah dengan tindakan Fasha, cumanya… aku tidaklah sampai mengeluarkan kata-kata yang berunsur lucah. Dia masih ada masa untuk berubah. Jadi, apa salahnya kita doakan dia berubah. Tidak mustahil untuk dia berubah. Sekarang pun dah ramai artis bertudung. Mana tahu, suatu hari nanti Fasha pula akan bertudung. Kita tak tahu apa yang akan terjadi di hari yang mendatang. Hidayah itu milik Allah….
Fasha Sandha mungkin boleh merayu kepada peminat-peminat supaya dia dimaafkan. Cumanya, sebenarnya bukan pada manusia sahaja yang perlu dia minta maaf, tapi keampunan dari Ilahi itu perlu dia pohon. Apa yang dia telah lakukan memang benar-benar salah dari sisi agama Islam. Jadi, apa yang mampu aku katakan.. kembalilah kepada Allah. Malas untuk comment lebih-lebih… cumanya, hanya mampu berdoa dia insaf dengan apa yang dia telah lakukan.

Dan berapalah banyaknya (penduduk) negeri yang mendurhakai perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasul-Nya, maka Kami hisab penduduk negeri itu dengan hisab yang keras, dan Kami azab mereka dengan azab yang mengerikan[1484].

~at thaalaq : 8~

[1484]. Yang dimaksud dengan hisab dan azab di sini adalah hisab dan azab di akhirat.

            Buat gadis di luar sana, sedarlah kalian. Gambar kita ditonton umum. Apa gunanya kita pamerkan wajah kita? Tahukah kalian inilah yang akan terjadi. Kita tidak sedar, mungkin ada orang yang sedang mengutukdan tidak menyukai gambar kita. Ada juga yang meng ‘upload’ gambar kita sesuka hati. Gembirakah kita membiarkan gambar kita dijaja begitu sahaja? Aduh.. malu yang teramat sangat aku rasakan apabila maruah seorang wanita bagai dipijak-pijak. Apatah lagi maruah wanita Islam. Pedih sekali untuk aku terima.

            Sedarlah sebelum terlambat gadisku. Pasakkan keyakinan untuk satu perubahan! Salam sesuci titis qatrunnada ku utus buatmu gadis…. ayuh bersamaku menelusuri perjalanan menjadi seorang gadis solehah ~_^

coretan serikandi,
serikandiumar93,
6.21 pm

Soal Jawab: Kaedah 'plea bargaining' tak jejas proses keadilan


Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Salehuddin Saidin
Pendekatan wajar dilaksana di Malaysia kerana terbukti berjaya, diamalkan di AS dan India 

BARU-BARU ini, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mengumumkan kaedah ‘plea bargaining’ atau rundingan bagi pengakuan bersalah untuk kurangkan pertuduhan dan hukuman terhadap tertuduh sesuatu kesalahan jenayah akan dilaksanakan di mahkamah Malaysia tidak lama lagi, namun masih ramai tidak tahu apa sebenarnya kaedah itu serta natijahnya. Wartawan Edisi Mingguan, ROHANIZA IDRIS dan MOHD AZIS NGAH bertemu bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Salehuddin Saidin dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan untuk mengulas perkembangan terbaru ini.

PADA pendapat Datuk, apakah yang mendorong kaedah ini dilaksanakan secara rasmi di negara kita.

Kaedah ini sebenarnya bukan baru di Malaysia, cuma selama ini ia tidak dibuat secara rasmi dan tiada dalam mana-mana peruntukan undang-undang yang membolehkan pendakwa, peguam dan mahkamah berbincang mengenai pertuduhan dan hukuman terhadap tertuduh. Bererti sebelum seseorang kena tuduh di mahkamah, rundingan terhadap pertuduhan dan hukuman terhadapnya dibincangkan terlebih dulu. Pendekatan ini sudah ada dan dipraktikkan dalam kes jenayah, namun tidak termaktub dalam Kanun Acara Jenayah (CPC) atau undang-undang lain.

Saya berpendapat pindaan CPC dengan memasukkan kaedah ini langkah bagus kerana dapat mengurangkan tempoh perbicaraan. Kaedah ini sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) dan apa yang mahu dilaksanakan di negara ini, saya difahamkan kerajaan mengambil model dilaksanakan di India. Kaedah ini juga difahamkan begitu berjaya di Amerika Syarikat dan sering dijadikan contoh pada seminar berkaitannya.

Apabila kita memasukkan rundingan bagi pengakuan bersalah dalam undang-undang dan diisytihar sebagai rasmi maka kes perbicaraan di mahkamah dapat dikurangkan. Proses perbicaraan mengambil masa kerana ia membabitkan saksi, bahan bukti, mahkamah, tertuduh, pendakwa raya dan peguam. Jika ada kaedah ini, kes jenayah yang boleh dipertimbangkan untuk dikurangkan hukuman dan tuduhan boleh dilaksanakan.
Contohnya, dalam kes berkaitan dadah, seseorang itu ditangkap kerana mengedar, namun kerana kekurangan bukti mungkin tertuduh tadi boleh dituduh memiliki dadah berbanding tuduhan mengedar yang menetapkan hukuman mandatori gantung. Jadi di sini, kita boleh nampak bagaimana proses ‘plea bargaining’ ini berlaku.

Mengambil contoh ini bermakna ‘plea bargaining’ dapat mengurangkan kes tertunggak dan melicinkan proses pentadbiran keadilan, manakala tertuduh dapat dibicara dengan cepat serta tidak menyusahkan pihak berkaitan seperti saksi dan peguam. Kes yang perlukan perhatian dan mahu dipercepatkan juga dapat dipercepatkan lagi melalui kaedah ini. Juga boleh menyelesai dan mempercepatkan pelupusan harta dirampas kerana sesetengah kes menyebabkan harta dibekukan dan mereka yang terbabit termasuk ahli keluarga atau syarikat yang berkenaan akan dapat meneruskan kegiatan atau kehidupan masing-masing. Ia juga dapat mengelakkan penganiayaan terhadap tertuduh yang ditahan reman lebih lama daripada tempoh hukuman.

Bagaimana pula dengan masa pelaksanaannya, adakah sepatutnya kaedah ini sudah lama diamalkan. 
Pada saya, kaedah ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan berikutan banyak kes tertunggak. Maka Malaysia agak ketinggalan dalam aspek ini, namun ia perlu dilakukan sekarang juga daripada tidak dilaksanakan langsung. Kaedah ini sesuai untuk negara kita dan perlu dilaksanakan segera, namun persoalan kini mengapa perlu ‘plea bargaining’ ditawar dalam masa 30 hari selepas seseorang itu didakwa. Pada saya, sepatutnya tiada tempoh masa ditetapkan kerana banyak aspek perlu diberikan perhatian termasuk bukti dari Jabatan Kimia, makmal, rekod hospital dan sebagainya.

Satu lagi persoalan ialah bagaimana dengan kes sebelum pindaan dibuat, adakah ia turut terpakai dan boleh menggunakan ‘plea bargaining’ ini, mungkin kerajaan boleh menjelaskannya.

Apa yang pasti, akan wujud pro dan kontra kaedah ini kepada tertuduh. 
Kaedah ini membabitkan tiga pihak, iaitu orang kena tuduh, pendakwaan dan mahkamah. Jadi sebelum sesuatu proses rundingan itu berlaku ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Perlu lihat apa isu yang terbabit, keterangan yang ada, adakah pihak pembelaan cukup keterangan untuk membela atau ada alibi, apakah dengan cara mengurangkan tuduhan dan hukuman akan membawa keadilan kepada mangsa. Itu semua diambil kira dalam proses tawar menawar ini. Mulanya dua pihak iaitu yang mendakwa dan yang dituduh perlu berbincang berdasarkan faktor tadi, apabila bersetuju dengan tuduhan atau hukuman maka ia dikemukakan kepada mahkamah. Jadi mahkamah akan tentukan hukuman paling sesuai hasil kaedah ini dan mengambil kira faktor dikemukakan termasuk keadilan kepada mangsa dan orang kena tuduh.

Akhirnya, mahkamah kena lihat sama ada hukuman dijatuhkan nanti bukan saja bagi keadilan dan kebaikan kepada tertuduh, tetapi kepada mangsa serta masyarakat keseluruhannya. Dalam pindaan ini, saya lihat seseorang yang tidak mempunyai peguam juga harus diambil kira, iaitu tertuduh diminta melantik peguam atau mahkamah melantik peguam untuknya, malah mahkamah juga perlu menentukan orang dituduh itu bersetuju ‘plea bargaining’ dilaksanakan dalam kesnya. Konsep ini menetapkan orang kena tuduh bersetuju dengan proses terbabit dan peguam bertindak menasihatnya, bukannya memaksa selain boleh memberitahu mengenai ‘plea bargaining’ kepada anak guamnya.

Kebiasaannya, pengakuan salah sering diberikan pengurangan hukuman. Apabila tertuduh mengaku salah, maka ia akan menjimatkan masa mahkamah dan saksi serta tanda kekesalan. Dalam konsep ‘plea bargaining’, secara tidak langsung tertuduh akan mengaku kesalahannya dan layak mendapat hukuman setimpal pengakuannya itu. Saya percaya, proses rundingan ini menyebabkan mahkamah akan pertimbangkan hukuman sesuai dan membolehkan tertuduh kembali kepada masyarakat dan diterima baik.

Ada yang kata kaedah ini boleh galakkan orang ramai lakukan jenayah atau ia sebenarnya dapat mendidik supaya tidak lakukan jenayah. 
Saya melihat apabila seseorang disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman, ia sudah cukup sebagai pengajaran kepada masyarakat. Ramai yang berkata, tempoh yang lama dalam penjara boleh menyedarkan seseorang, namun kita tidak boleh berpandangan begitu... mungkin seseorang itu akan jadi lebih jahat atau mengulangi kesilapan atau kesalahan jenayah jika dia masih tidak rasa bersalah.
Bagi saya, apabila seseorang itu dituduh ia sesuatu yang amat berat untuk dihadapi dan apabila mengaku salah, ia satu keputusan yang besar. Apa saja hukuman hasil pengakuan itu bagi saya itu satu pengajaran kepada tertuduh.
Jadi, pada saya ‘plea bargaining’ tidak akan menjejaskan proses keadilan kepada mangsa kes jenayah atau masyarakat keseluruhannya. Tempoh masa kes itu dapat diselesaikan membawa faedah kepada mahkamah, tertuduh, mangsa, saksi dan masyarakat juga.

Bagaimana pula kesannya kepada profesion guaman, terutama dari segi kewangan apabila khidmat mereka mungkin kurang digunakan kerana tertuduh terus membuat pengakuan bersalah. 
Saya tak nafikan itu, kerana kaedah ini akan menyaksikan banyak kes tidak dibawa ke mahkamah. Proses ‘plea bargaining’ menyebabkan banyak kes dapat diselesaikan, sekali gus kes akan berkurangan di mahkamah. Ia pasti menjejaskan pendapatan peguam, lagipun pembayaran kes melalui ‘plea bargaining’ akan menyebabkan kos guaman berkurangan berbanding kes yang dibawa ke mahkamah. Namun, jika kita melihat kepada penyelesaian kes yang lebih cepat, ada kemungkinan jumlah kes akan bertambah dan dapat menutup jumlah kekurangan pendapatan tadi. 

Wednesday, January 12, 2011

SYAHID DALAM CINTANYA

Sebak hati ini tatkala memandang wajah pejuang jihad yang amat aku kagumi, Assyahid Syeikh Ahmad Yassin. Dari redup matanya, ku tahu…cintanya terhadap bumi Palestina begitu mendalam. Dari kecil beliau dididik untuk syahid memperjuangkan al quds tercinta. Beliau lahir dalam suasana yang penuh dengan semangat jihad. Aku cuba merenung ke dalam mata beliau. Sekalipun ianya hanya sekadar gambar untuk ditatap, namun aku dapat merasakan bahawa dirinya benar-benar punya impian dan keazaman yang utuh. Impian untuk melihat umat Islam sama-sama bangkit mempertahankan bumi al quds. Suatu keazaman untuk melihat Islam menang dan Yahudi laknatullah kalah tersungkur begitu sahaja.

            Jika dibandingkan dengan peribadinya yang tidak sesempurna kita, tidak mungkin dia bisa digeruni. Namun, lihatlah…semangat jihadnya membuatkan Israel laknatullah tidak betah duduk diam. Sekalipun mereka membunuh seorang pemuda Palestina, namun…masih ada lagi pemuda-pemuda yang dilatih oleh Syeikh Ahmad Yassin. Aku kagum. Beliau dapat melahirkan pejuang-pejuang yang begitu cintakan syahid.

            Aku renung pemuda Islamku di bumi Malaysia. Adakah sehebat pemuda Islam di bumi Palestina? Oh…jauh bezanya Ya Allah. Ke mana menghilang mujahid Islam yang ingin bangkitkan Islam kembali. Cuma…yang ada pemuda Islam yang begitu asyik dengan keseronokan duniawai. Allah…aku begitu merindui pemuda-pemuda yang ditarbiyah yang bakal menyinari Islam. Aku hampa…. Pemuda Islamku hancur. Yahudi laknatullah telah  berjaya merosakkan mereka.

            Air mata tidak dapat ditahan lagi tatkala memandang wajah Assyahid Syeikh Ahmad Yassin. Andai ku bisa peluk dan ciumnya, sudah pasti aku akan lakukannya. Tidak tertahan air mata ini tatkala mengenangkan tubuh beliau yang hancur dek perbuatan Yahudi Laknatullah. Biarlah mereka gembira dengan kematian beliau, namun seisi langit dunia sudah pasti gembira menerima insan mulia yang bernama Syeikh Ahmad Yassin.

Wahai para pejuang sekalian,
            Renungilah wajah insan mulia ini. Ambillah semangat jihad beliau supaya kalian lebih bersemangat menyusun langkah dalam perjalanan dakwah yang penuh ranjau ini. Ya Allah… Kau kurniakanlah di antara kami, seorang pemuda yang punya semangat jihad seperti Syeikh Ahmad Yassin. Kurniakanlah seorang pemuda yang bakal menggegar dunia, tidak takut akan bahaya yang mendatang kerana di dalam hatinya sudah tertanam satu matlamat yakni SYAHID FISABILILLAH!

            Buat sahabat seaqidahku, yang kini sedang berjuang di bumi Palestina, teruskanlah langkahmu. Teruslah kalian membaling batu-batu itu. Aku tahu, mana bisa batu-batu kecil itu dapat membunuh mereka. Namun, yakinlah sahabatku….ada pertolongan di belakangmu. Aku hanya mampu mengirimkan doa agar kalian terus tabah mengharungi kehidupan di sana. Andai ku diberi peluang untuk ke sana, aku akan pergi kerna aku begitu mencintai syahid. Selamat berjuang sahabatku…!

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

Monolog serikandi,
Serikandiumar93
6.50 pm