Pages

Tuesday, December 21, 2010

Diari : Maahadku....




Bismillahirrahmanirrahim…

            Ada getaran di jiwa tika tangan ini kembali mencoretkan sesuatu di sini. Setelah sekian lama ana gumpal kekuatan yang ada, kini dapat juga ana gagahkan diri kembali menulis. Ana rasakan sudah tidak mampu untuk ana kembali bermadah andai kata madah pujangga ini meracun diri sendiri. Ya…kita kan manusia, kadang-kadang lakukan kesilapan, tapi ana seorang manusia yang pasti akan merenung kesalahan itu hinggakan ana nekad.

            Lupakan segalanya, ayuh kita buka lembaran baru. Sekalipun lembaran alam persekolahan sudah sampai ke titik noktahnya semalam, setelah berakhirnya subjek EKONOMI ASAS, maka berakhirlah alam persekolahanku…. Tetapi tidak beerti alam perjuanganku terhenti di situ sahaja. Alam tarbiyah masih bersisa….

            Arghh…sudah pasti diri ini akan merindui maahad tercinta. Di situ aku kenal erti perjuangan… di situ aku kenal erti persahabatan bertunjangkan keimanan… di situ aku dilatih menjadi serikandi yang cintakan perjuangan ini. Perjuangan ini perjuangan yang teramat suci ku rasakan. Di dalam pahit getir kita mengharungi perjuangan, roh rabbani kita senantiasa menagih cinta dari Ilahi… perjuangan kita mengharapkan redha Allah semata…

            Kita bukan mencari nama… kita bukan mencari pangkat… tapi kita mencari keredhaan. Biarlah kita tidak dipandang di dunia, tapi seisi langit sedang bersama kita…. Perjuangan ini masih panjang. Masih bersisa saki baki kata-kata semangat Ibrahim Libya…. “perjuangan ini masih belum selesai, selagi mana Daulah Islamiyyah tidak tertegak….”

            Maahadku…

            Kau kan senantiasa di dalam ingatanku…

            Kerna di sinilah bermulanya….

            Kehidupan seorang insan yang bergelar serikandi…

            Di sini aku ditarbiyah…

            Di sini jua aku diasuh…

            Manakan bisa ku melupakanmu….

            Jatuh bangunku di sini…

            Titisan air mataku juga mengalir di sini…

            Maahadku tercinta…

            Teruskanlah usahamu…

            Melahirkan pejuang harapan…

            Buat nusa dan bangsa….

            Salam lambaian penuh kerinduan buatmu………

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah Buatmu...



Salam Maal Hijrah ku utus buatmu sahabat seakidahku. Moga kita buka lembaran baru ini dengan keazaman dan semangat yang jitu penuh dengan ruh tarbiyyah berteraskan al quran dan as sunnah yang hakiki. Ayuh bawa hatimu kepada Sang Pencipta. Sempena tahun baru ini, sucikanlah hati kita dari noda dan dosa. Ayuh pasakkan keyakinan untuk satu perubahan. Berhijrah dari yang lama kepada yang baru.

            Ingat sahabatku, kita berhijrah bukan beerti kita kalah. Ayuh bersama kita singkap rentetan hijrah Rasululluh, hijrah bukan beerti Islam mengaku kalah. Tetapi kita berhijrah untuk kita kuatkan Islam itu di samping mengatur srategi baru untuk kita tampil lebih bertenaga dan keimanan kita lebih jitu dan kental.

            Justeru itu, berhijrahlah kita untuk kita kumpulkan segala kekuatan dan kita buangkan sifat mazmumah di dalam diri kita, lantas kita tampil lebih berketrampilan dan yakin dengan peribadi kita yang terbaru. Hal ini kerana di dalam hati kita sudah ada semangat baru dan punya keazaman yang jitu. Insyaallah derap langkah kita makin tersusun kerana niat kita cuma satu. Mengharapkan keredhaan Ilahi di dalam hidup kita.

                Sekian sahaja untuk kali ini, malam maal hijrah di sini ku terasa syahdu sekali. Rintik-rintik hujan rahmat yang turun seakan mengerti hati insan yang mahukan perubahan menuju cinta-Mu Ya Allah. Malam ini ana kebuntuan idea, masih berdenyut kepala ini memikirkan ceritera kehidupan ini yang penuh mehnah dan tribulasi. 


               Jadi setakat ini sahaja yang mampu ana coretkan. Salam penuh mahabbah buatmu sahabat…. Teruskan perjuangan kita dan kenangkanlah rentetan hijrah Nabi buat pembakar semangatmu wahai mujahid dan mujahidah sejati!



perindu syahid hakiki,

serikandiumar93
1 Muharram 1432

Saturday, December 4, 2010

.::Ayuh Rakan Jihadku...::.



            “Kita kena berjuang….”

            “Kenapa pula….?”

            “Berjuang untuk tegakkan kalimah Allah…”

            “Eleh…cakap senang, aku tengok orang yang dok berjuang ni perangai sama ja… nak kata perangai elok tak juga…”

            “Kenapa awak kata macam tu? Kenapa…apa yang awak lihat terhadap golongan pejuang ni?”

            “Korang cakap ja korang ni seorang pejuang..aku tengok ada ja pejuang bercinta, bergaduh sebab jawatan…ada ja pejuang perangai pun tak elok… macam mana orang nak ikut kalau korang semua pun teruk… kata nak perjuangankan kalimah Allah, tapi korang semua pun langgar larangan Dia…”

*****
            Ana tersentak. Betul juga apa yang dia katakan. Fenomena pendakwah dan pejuang hari ini jauh beza. Ada juga ana terdengar dan terlihat sendiri, di kalangan pejuang itu bercinta antara satu sama lain. Atas dasar perjuangan dan Islam la konon! Nampaknya kita sudah tersasar dari landasan niat kita yang sebenar. Di mana keikhlasan kita dalam perjuangan. Kita berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, bukannya kita berjuang untuk mencari pasangan hidup masing-masing dan melahirkan rasa cinta bukan pada tempatnya! Tiada istilah cinta kita cinta perjuangan jika kita masih belum berkahwin… keindahan cinta perjuangan ini akan dikecap selepas berkahwin sahaja!

            Ana rasa kesal dengan kalian. Bercinta sesama rakan seperjuangan. Arghh…kenapa boleh jadi macam ni? bagaimana kalian nak menghadapi mad’u kalian? Bukankah kalian seringkali menasihati mereka supaya bercinta sebelum kahwin adalah haram? Aku hairan dan pelik dengan tindakan kalian…. Dulu, kalianlah yang begitu tegar mempertahankan kalimat itu, namun…kini kalian sendiri melakukannya… sudah berkali ku katakan, jangan kalian menghina mereka yang melakukan maksit, tetapi hina dan bencilah dosa yang mereka lakukan. Kita tak tahu, mungkin suatu hari nanti mereka akan berubah dan kita pula yang tersasar. Bukankah iman kita ibarat roda? Kekadang di bawah kekadang di atas….

Sahabat seperjuanganku,
            Aku begitu kecewa sekali apabila kita bergaduh kerana gilakan suatu jawatan di dalam perjuangan ini. Allahurabbi… bukankah jawatan ini satu amanah yang sangat besar? Hanya pilihan Allah sahaja yang mampu membawanya. Kenapa kalian berluma-lumba mahukan jawatan? Sudah hebatkan kalian? Sudah siapkah kalian menghadapi mehnah perjuangan ini? Kalian lupa…kalian hanya seorang hamba yang lemah dan tidak tahu kemampuan kalian. Lantas kenapa kalian begitu megah menyatakan kalian begitu layak memegang jawatan itu? Hebatnya….kalian mengagungkan diri sendiri sedangkan Allah yang mengetahui segalanya…

            Saban hari, ku lihat rakan dakwah ku berubah bentuk. Di mana-mana sahaja, ku lihat golongan pendakwah itu tidak seindah apa yang dia perjuangkan. Peribadinya sendiri membuatkan orang tidak yakin akan apa yang dibawanya. Sebagai pejuang, peribadi muslim yang terbaik harus ditonjolkan… ana yakin kalian sudah arif dengan Marhalah Fardhu Muslim. Ada 10 semuanya… dan ana yakin bagi seorang pejuang, Marhalah Fardhu Muslim ini sudah lumat dikhatam kerana ia perkara asas dalam perjuangan ini. Jika kita mampu beramal dengan kesemua Marhalah Fardhu Muslim ni, insyaallah peribadi kita baik kembali lantas orang akan tertarik dengan kita.

Ayuh rakan jihadku,
            Ku menyeru pada kalian. Di akhir zaman, kita perlu jadi lain dari yang lain. Kita berada di suatu zaman yang penuh mehnah tribulasi. Malahan kita semakin jauh dari Rasulullah. Tapi…genggamlah sunnahnya, teruskanlah perjuangannya…cintailah Rasulullah di setiap degup jantung kita. Ingat sahabatku, setiap derap langkah kita haruslah berpandukan sirah Rasulullah dan apa yang termaktub di dalam al quran supaya perjuangan ini diredhai dan terus diberkati oleh Allah.

            Usahlah kalian seronok mengejar jawatan ini kerana ku takut di akhirat kalian seksa dan azab menanti kerana amanah ini tak mampu kalian pikul. Ingatlah rakan jihadku, kita berjuang untuk Islam… kita berjuang untuk pastikan hukum Allah itu terlaksana. Lantas, ketepikanlah perasaan hati yang penuh noda dosa. Hiasilah hatimu dengan husnuzon supaya tiada syak wasangka di jalan dakwah ini…..


Ku kecewa…

Hampa penuh derita….

Kita bukannya mengindah jalan dakwah ini…

Malahan mengotorinya dengan maksiat kita…

Kita kata kita pejuang…

Tapi peribadi kita tak macam pejuang…

Kita seringkali menghina golongan biasa…

Sedangkan kita tak sedar Allah sedang menguji mereka…

Lantas akhirnya…

Kita yang dahulunya hebat…

Jatuh tersungkur dengan prinsip sendiri…


Ayuh rakan jihadku…

Kita perbetulkan langkah…

Kita siap siagakan diri kita…

Lupakan kisah lama…

Sinarilah kembali jalan dakwah ini…

Dengan cahaya iman dan jihad….


Ayuh rakan jihadku…

Kita buru syahid…

Kita buru kebahagian yang hakiki….

Syahid!!!!

Syahid!!!

Allahuakbar….


Kalam jihadku,
serikandiumar93
4 Disember 2010