Pages

Friday, October 22, 2010

Monolog Serikandiumar



Jiwaku kosong Ya Allah,
Penat sudah ku memikirkan
Nasib diri yang tiada berkesudahan

Saban hari,
Air mata menitis tanpa dipinta
Mengenang derita ini

Sesekali ku tersenyum kembali
Kerana inilah ujian Ilahi
Ujian tanda Cinta Allah kepada hamba-Nya

Kini ku kembali,
Di teratak kecil ini
Serikandi umar bermonolog kembali

Atas tujuan dakwah
Kerana-Mu Ialhi
Ku kembali ke sini
Biarkan apa orang kata
Asalkan ku gembira

Serikandi umar kembali bermadah
Buat tatapan sahabat tercinta

Ayuh bersamaku sahabat
Kita bermadah pujangga
Menyulam cinta pada Ilahi

Ya Allah,
Berikanlahku kekuatan
Untuk menulis kembali di teratak ini

Ku mahukan ketajaman penaku
Menusuk ke kalbu insan
Biarkan penaku
Setajam pena Syed Qutb
Hingga menjengah ke tali gantung!

Allahuakbar!

~monolog serikandiumar~
8.59 pm

Saturday, October 16, 2010

Beruzlah Mencari Cinta Ilahi....



Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu


HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri

Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika


Tika kenangkan GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali


Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat


Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Buat sahabat sekalian,
            Serikandiumar ini akan mengundur diri buat seketika. Usah bertanya kenapa dan mengapa. Anggap sahajalah diri ini sedang beruzlah mencari cinta Ilahi buat bekalan di akhirat. Cukuplah sekadar lirik Harapan Pada-Mu Subur Kembali ~SAUJANA~ ini mengungkap isi hati ana. Insyaallah, serikandiumar akan kembali dan tampil dengan lebih bersemangat setelah mendapat apa yang dicari. Insyaallah. Doakan yang terbaik buat serikandiumar ini ya!

p/s: kepada sesiapa yang ingin bertanyakan sesuatu boleh kirimkan email di sini serikandi_umar93@yahoo.com dan sekiranya kalian ada menyimpan nombor telefon ana, silakan menelefon ataupun menghantar kiriman sms, InsyaAllah, ana sedia membantu.


pengemis cinta Ilahi,
serikandiumar93
16 Oktober 2010

Saturday, August 21, 2010

Salam Imtihan Sahabat-Sahabatku...




            Bismillahirrahmanirrahim… bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ana masih dikurniakan kesempatan untuk menulis. Mungkin ini coretan terakhir ana kerana ana bakal memberhentikan penulisan untuk seketika untuk memberi ruang kepada diri ini untuk bermujahadah berjihad menjawab soalan-soalan yang bakal ana tempuh sepanjang peperiksaan percubaan SPM yang akan bermula Isnin ini.

Sahabat wa sahabiah sekalian,
            Di sekempatan ini, ana ingin memohon seribu kemaafan andai penulisan ana ada mengguris hati kalian, sesungguhnya apa yang ditulis datang dari hati kecil ini yang serba kekurangan. Niat ana cuma satu menegakkan haq. Kebenaran harus ditegakkan. Mungkin takat ini sahaja yang mampu ana coretkan. Doakan kejayaan  serikandiumar ini. Ayuh buktikan pada semua perjuangan no 1, pelajaran bukan no 2! Di sini ana sertakan warkah ana buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini dan yang sama-sama berjuang bersama. Terima kasih untuk segalanya sahabatku.

Assalamualaikum…
               
Ukhti fil aqidah,
            Salam sekancang dakwah ana utuskan buat kalian. Salam penuh magfirah Ramadan karim ku utus buatmu sahabat. Apa khabar iman di hati? apa khabar mad’u yang giat ditarbiah? Moga semuanya berada dalam naungan rahmat Allah S.W.T, InsyaALLAH. Warkah ini hadir tika kalian sibuk mempersiapkan diri kalian untuk turun ke medan peperiksaan tidak lama lagi. menuntut ilmu ni pun salah satu jihad jugak. Jadi, bukanlah tujuan ana untuk menganggu kalian, warkah ini hanya bertujuan untuk menyunting semangat kalian untuk turun ke medan perang tidak lama lagi.

Sahabatku sayang,
            Setelah 5 tahun lamanya kita bertungkus lumus menuntut ilmu di bumi penuh barakah ini, kini tibalah saat dan waktunya kita membuktikan kesungguhan kita menimba ilmu di bumi maahad ini. Sekalipun ini hanya peperiksaan percubaan, namun ianya amat bermakna bagi sahabat-sahabat yang akan meneruskan perjuangan ke Darul Quran, untuk interview JPA dan MARA, malah untuk mengisi boring UPU. Wah, tak sangka kan,,,,kita semua dah besar, malah akan meneruskan perjuangan dan cita-cita masing-masing ke tempat yang lebih jauh dan hebat setanding maahad kita ini.

            Allahurabbi…pantasnya masa berlalu. Entah siapa yang bakal meneruskan perjuangan di bumi maahad ini. Ya Allah, kami semua punya cita-cita masing-masing, tak selamanya kami di sini. Kini tibalah masanya untuk kami berangkat pergi meninggalkan maahad tercinta. Perjuangan kami bakal diteruskan oleh generasi akan datang yang tak kami ketahui penghujungnya. Adakah baik atau tidak. Namun kami yakin ya Allah, Kau pasti membantu perjuangan yang kami tinggalkan. Andai kata takdir menggariskan kami masih di sini, meneruskan perjuangan di tingkatan 6, sudah pasti kami akan mengukuhkan lagi tarbiah di sini, andai kata takdir menggariskan hidup kami pergi meninggalkan bumi maahad ini, kami pasti membawa tarbiah ini untuk diteruskan di tempat lain pula.

Temanku,
            Akuilah aku sebagai sahabatmu. Pertemuan kita tidak pernah dirancang sama sekali, semuanya ditakdirkan Tuhan. Ukhwah kita terjalian atas dasar perjuangan. Sekalipun sesekali persahabatan kita teruji, kita masih utuh bersama mengukuhkan kembali persahabatan ini. Sahabatku, sekalipun kita kan berpisah jauh, janganlah biarkan hati kita turut terpisah. Sekalipun kita tak bersua muka, biarlah hati kita sentiasa bersatu. Jangan biarkan ukhwah kita terlerai begitu sahaja. Sekalipun kita terpisah antara dua benua, takdir pasti menemukan kita kembali, mungkin di bumi barakah ini.

            Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati telah berhimpun dalam cinta kepada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah, Ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur cahaya-Mu yang tiada pernah sirna. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal kepada-Mu. Nyalakanlah hatikami dengan makrifat kepada-Mu. Matikanlah dia dalam syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, kabulkanlah. Ya Allah, sampaikanlah kesejahteraan kepada junjungan kami, Muhammad beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

            Akhir kalam dari ku sahabat, buatlah yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal tiba nanti. Buktikan kemampuan seorang pejuang yang mampu seimbangkan antara perjuangan dan pelajaran. Ingatlah bahawa, sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik penolong. Letakkanlah sepenuh pengharapan-Mu kepada Allah, nescaya kau pasti peroleh keberkatan. Ikhlaskan dirimu dalam menuntut ilmu kerana keredhaan Allah akan sentiasa bersama-Mu.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu.
Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.
Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui….”

(al-baqarah:216)


Al-faqirah ilallah,
Serikandiumar93
10 Ramadhan 1431