Pages

Saturday, June 14, 2008



Nukilan puisi buat adik-adikku dibumi Palestin………(dedikasi utk rakyat PALESTIN,satu perjuangan,satu cita-cita,satu ukhwah dalam mencari kedamaian dibawah panji Islam)

Adikku…
Dari jauh ku sering melihatkan dikau menangis………
Seringkali juga airmata Ini,ingin turut sama menangis bersamamu adikku..
Ingin daku disampingmu,merasai tangisanmu,menyapu air matamu
Yang gugur dibumi syuhada..dibumi tanah tumpah sejarah para Rasul..

Adikku………
Namun tangan ini tak terkesampaian…hanya mampu menyapu cermin kaca di meja tv yang setia pada kisahmu..
Dimana wajahmu,ku tatap kukuh…matamu,bersama airmatamu memandang ku..
Terus menusuk dalam hatiku…
Engkau seolah2 meraih simpati,merintih belas ihsan…dari saudara seagamamu..
'Bilakah semua ini akan berakhir?kasihanilah kami di sini,bantulah kami..tanahair kami telah dicerobohi oleh laknatullah….'
Adakah itu yang bakal kau ucapkan pada kakakmu ini….?

Wahai Adikku…
Bagaimanakah harus ku katakan padamu…sesungguhnya,
andai kakakmu ini mjadi sepertimu..
Pastinya jua….tak mampu menanggung dugaan seberat dirimu..
Namun kita pasti akan bersama2 berjuang menentang laknatullah itu..
Dengan kudrat yang dikurniakan Tuhan..takkan mengenal jemu
Kita Halau mereka! Kita halau Dari bumi tanahair tumpah darah kita!...

DUhai Adikku…yang kusayangi demi ISLAM ku dan demi ISLAM mu…
Sudah sepanjang hari dikau tidak muncul di cermin kaca yang biasa kutatap….
Kemanakah dikau menghilangkan diri….
Kemana wahai adikku….?:(
KU tercari2 dirimu…rupa2nya,ku hanya dapat melihat sekujur tubuh kecilmu..
Kaku,bisu……tiada airmata yang biasa dikau lahirkan dan ucapkan seperti sebelum2 ini….kenapa adikku??..
Namun wajahmu…kulihat penuh ketenangan dan berseri2….
Ya Allah!..adikku…….engkau terkorban jua…terkorban ditangan laknatullah itu..
Adikku…kuat semangatmu menentang laknatullah itu,
Dalam usiamu,,,dan sekerdil tubuhmu engkau telah pergi menghadap ILAHI…tanpa kenal erti takut dn gentar…
Adikku…sucinya perjuanganmu,..menegakkan tanah tumpah darah yang tercinta,
Dari laknatullah itu…


WAHAI ADIKKU……
Dengarlah adikku kata2 dari kakakmu ini…
Negara kakakmu ini,,tidak seperti tanahairmu itu..
Negara yang dikurniakan TUHAN dengan nikmat yang patut diberikan lafaz SYUKUR yang tidak terhingga…
Namun adikku,walaupun kakakmu ini tidak merasai penderitaanmu,wajahmu yang lesu dan penuh duka itu,mampu membuatkan kakakmu ini menafsirkan seribu maksud yang terpendam……
PERCAYALAH adikku..
Perjuangan mu kusanjung tinggi,
Walaupun ku tidak dapat disisimu,,berjuang,dalam titisan darah terakhir..
Namun semangat perjuanganmu,telah tertanam kukuh dalam hatiku,
Bahawa PERJUANGAN itu bukan suatu kemanisan,tetapi cabaran berpanjangan yang kekadang
Memerlukan pengorbanan,hatta walau nyawa sebagai ganti…
Adikku.Andai kakakmu dikurniakan ZURIAT penyambung umat NABI s.a.w.
Ku redhakan permergiannya gugur di jalan ALLAH…
Sepertimu…ya! Sepertimu adikku…yang tidak mengenal pahit dan duka utk perjuangan ISLAM…..

Adikku…doa ku sentiasa mengiringi permergianmu,,,,,,
Dan juga………….untuk rakan2 seperjuanganmu,
Yang masih belum selesai perjuangannya ,dan tidak akan selesai……
Mereka menunggu saat masa utk gugur menjadi syuhada di tanah yang suci ini…
Moga2 roh mu dicucuri rahmat ILAHI……
Pergi bersama ketenangan..walaupn hatimu menangis..
Tanahairmu,,,
Entah bila kan suci dari dimamah manusia laknatullah tak bermata…

PERJUANGAN…PERJUANGAN… ditanahair kakakmu ini..
Ibarat sepertimu juga adikku,,,
Cuma caranya berbeza,,,dan dugaanmu ternyata lebih berat..
Cuma kakakmu seringkali terfikir dan terdetik….
andai dugaan itu terjadi pula kepada kakakmu ini ( moga dijauhkan oleh ALLAH)…adakah daku juga akan menjadi sepertimu…adikku,
BERJUANG,,,BERJUANG,,,dan BERJUANG hingga ketitisan darah yang terakhir??..
Menjadi PEJUANG WANITA ISLAM….yang menunggu saat dan masa utk gugur…
…..Hanya Allah lebih mengetahuinya adikku…….AL-JIHADU FISABILILLAH.

~Nukilan 'cahayakuiman'~

.::uKhTi FiL IsLaM::.
~Nasuha~



Friday, June 6, 2008

..:::CiNTa KiTa CiNTa PeRjUaNgAn:::..

Cinta kita CINTA PERJUANGAN...
Cinta… apakah itu cinta? Cintakan Allah… cintakan manusia.. cintakan dunia.. cintakan akhirat.. cintakan lelaki.. cintakan wanita… adakah semuanya membawa ke syurga…?Sebuah cerpen yang begitu bermakna buat diri saya..

Cinta Kita... Cinta Perjuangan
“Enti menangis..?”
“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”
“Habis, mata enti berair?”
“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
“Ana tahu enti menangis..”
“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.
“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?………………………………………….

“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.
“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”
“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”
“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.……………………………………….
“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..”
“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.
“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

‘Lagi.. negatifnya?”
“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”
“Apa dia..? Negatifkah?”
“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”“Gerakan militankah?”
“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”
“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!
“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”………………………………………….

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”
“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.
“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.“Ustaz tidak main-mainkan ana?”
“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”
“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.………………………………………….
Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,
“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”
Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,
“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’
Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.
“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”
Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!-TAMAT-

Saudari, aku ingin meraih syurga bersamamu...







Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakaatuh
Segala puji hanya bagi Allah subhanahu wa ta’ala. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampun kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala maka tidak ada yang bisa menyesatkannya, dan barang siapa disesatkan oleh Allah maka tidak akan ada yang bisa memberinya petunjuk. Kami bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Dan kami bersaksi bahwa Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Nya.




Saudariku, syari’at telah menaikkan darjat kita, mendudukkan kita dalam posisi yang mulia dan melindungi kita dari berbagai hal yang membawa keburukan. Amat disayangkan wahai saudariku, jika kita tidak menyadari hal itu. Lihatlah di sekitar kita betapa banyak hak-hak seorang wanita yang dilecehkan dan kewajiban-kewajiban seorang wanita yang terlupakan.

Memakai jilbab, untuk saat ini dan di negara ini, bukanlah bererti sebuah pengilmuan akan agama. Dulu ana pernah beranggapan bahawa seseorang yang memakai jilbab adalah orang yang akan berusaha mempertahankan jilbabnya disebabkan proses pemakaian jilbab itu sendiri meneyebabkan kita terpaksa menhadapi dugaan rintanga yang menikam, hanya deraian air mata yang mampu kita luahkan. tapi sayangnya, semakin ana menjalani kehidupan ini, tanggapan ana terhadap gadis berniqa' semakin berlainan walaupun ana sendiri mengenakan ia.

melalui pengalaman ana sendiri, sebahagian muslimah hanya berjilbab atas dasar keluarga, tempat ia belajar dan di mana ia bekerja. sedihnya memikirkan semua ini, jadi ana harap muslimah di luar sana yang ingin berniqa', berjilbab..buatlah atas dasar kerana Allah taala bukan paksaan semata-semata.

ingatlah sahabat-sahabat sekalian, Manfaat Hijab adalah untuk Menjaga kehormatan; Hijab adalah benteng syar’i untuk menjaga kehormatan wanita dan menjauhkan mereka dari hal-hal yang akan menimbulkan fitnah.Membersihkan hati pemakainya dan kaum laki-laki.Hijab melahirkan akhlak mulai dalam diri pemakainya seperti: rasa malu, selalu menjaga kesucian, ghirah (rasa cemburu).Hijab adalah tanda kesucian dan kehormatan bagi seorang wanita.Menutup segala pintu […]