Pages

Friday, October 5, 2012

JIWANYA LEMBUT

Jiwa yang lembut dan manja, seringkali tersentuh. Air mata acap kali mengalir. Jika ditanya mengapa menangis?

Jawapannya : Tidak ada apa-apa.

Kerana jiwa yang lembut dan sensitif, sangat mudah mengalirkan air mata walaupun tanpa sebab. Jiwanya sangat lembut :')


Note : Buat bakal imamku, terimalah aku seadanya. Jiwaku sangat sensitif untuk engkau kasari.

Tuesday, October 2, 2012

Qani'ah Mawaddah Dress

Bismillahirrahmanirrahim...

Insyaallah, post kali nie, qaniah nak promote koleksi dress yang qaniah jual. Qaniah ada buat blog bisnes online, kalau rajin, luanglah masa ziarah blog Qani'ah Mawaddah Home ^^ Alhamdulillah, qaniah baru nak berjinak-jinak dengan bisnes. Semoga diberkati oleh Allah. Amin :)

Ada orang tertanya-tanya, qaniah dah bekerja ka? Bukan still study? Oh ya, sebelum terlupa, izinkan qaniah perkenal diri. Insyaallah, sekarang qaniah sedang menuntut di tahun 2, kuliyah Syariah, pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam di Yarmouk University, Jordan :)


Monday, October 1, 2012

IKHLASKAH HATIKU YA ALLAH ?


Alhamdulillah mood qaniah makin baik. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat tidak terhingga ini. Dan sungguh, Allah menegur qaniah dengan pelbagai cara yang membuatkan qaniah berfikir tentang erti syukur dan ikhlas kepada Allah :')

Usai solat Asar berjemaah bersama sahabat serumah, qaniah terbaring di tikar sejadah. Najwa masih duduk berteleku di tikar sejadah sambil mulutnya mula berbicara tentang ilmu yang dia peroleh sewaktu talaqi tadi.