Pages

Tuesday, September 25, 2012

CHEERS UP GIRL!


Alhamdulillah, hampir 3 hari sudah mula ke kelas. Hari first boleh gagah perkasa lagi. Hari kedua mula rasa sebal dan menangis. Dan hari ini hari ke 3 demam terus. Allahuakbar.. lemahnya imun kami qaniah. Kenapa tak kuat ni?

Ya la, rumah qaniah sekarang dekat hijazi. Dulu dalam hostel dalam kawasan universiti, masih mampu berlari dan berjalan. Tapi sekarang, Allahurabbi.. nak panjat bukit tu yang seksa. Krem kaki T.T


Monday, September 24, 2012

JORDAN.. I'M BACK

Bersama adik bongsu yang nakal dan manja ^^

Hampir seminggu qaniah pulang ke bumi Jordan. Hari ini baru sempat menulis lagi di sini. Apa khabar sahabat seaqidahku? Semoga semuanya sihat dengan rahmat Allah Maha Besar. Pantas masa berlalu, sekejap saja dah sampai masa untuk qaniah pulang ke bumi Jordan :)

Alhamdulillah, sempat beraya bersama keluarga tercinta di kediaman kami di Jitra, Kedah. Raya yang agak meriah, alhamdulillah. Kunjungan dari family tidak kira jauh dan dekat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

Monday, September 3, 2012

BINGKISAN BUAT BAKAL IMAMKU [6]


Binalah rumah tangga di atas tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk....Allah jua