Pages

Tuesday, July 3, 2012

DIARI : LUCU

Semalam pergi UKIR MALL, macam biasa, setiap hari Isnin kan qaniah dan kawan-kawan sekerja PAKSI pergi kuliah murabbi. Kitab Syamail Muhammadiyah, malam ni akan sambung bab uban Rasulullah.


Qaniah tak da mood sangat malam ni nak mai kuliah, sebab faktor kesihatan sama kot. Moody sokmolah katakan. Jadi moody saja sepanjang masa, dah la time pengajian qaniah bukan tulis guna buku. Buka lappy tuuu.. tulis dekat Note dalam lappy. Mengada betullah ^^

Monday, July 2, 2012

DIARI : BARAKALLAH

Sekarang memang musim orang kahwin rasanya. Terlopong mulut qaniah tengok ramai betul budak-budak Irbid yang balik cuti nak kahwin. Itu baru Irbid, belum tengok mantiqah Mu'tah, Amman dan Mafraq lagi. Mesti lagi ramai. Aduhai.

First of all, qaniah nak ucap selamat pengantin baru buat ukhti HUMAIRA dan pasangannya NAZIRUL. Masing-masing budak qisim Ekonomi dan Perbankan Islam yang baru mendirikan rumah tangga semalam. Yang bestnya Tok Guru Nik Aziz tolong akad nikahkan. Terbaik betul.

Best betullah diorang, time hari berbahagia ada ulamak kat sisi =.=

Sunday, July 1, 2012

DIARI : RINDU JORDAN 1

Hari ini genap sebulan qaniah tinggalkan bumi Irbid, Jordan. Baru sebulan qaniah pamit ke bumi Malaysia, tapi sudah terbit rasa rindu pada bumi itu. Aneh betul perasaan ini, bukannya pulang terus... tapi hanya pulang bercuti, namun rasa rindu pada bumi itu tetap bertamu.

Rindu dengan sahabat-sahabat di sana, jamiah, markaz quran dan segala-galanya tentang bumi itu. Ada satu perasaan dan rasa di bumi itu.

Gambar di atas qaniah tangkap beberapa hari sebelum qaniah pulang ke Malaysia. Waktu ini dalam jamiah, berhadapan dengan maktabah jamiah. Ada pokok cantik di situ, warna purple, favourite qaniah.

Qaniah dan Nawwar dalam perjalanan ke rumah syeikhah, tanpa sedar terus berlari ke situ. Nawwar yang tolong tangkapkan. Walaupun tidak secantik mana, gambar ini cukup mengundang rindu pada bunga itu. Purple, sama dengan baju qaniah.