Sejuk sangat. Aku sedang menulis di medan Mu’tah, medan yang tersangat sejuk. Kebalkan diri. Nak tulis blog juga malam ini. Pada tarikh yang sangat bersejarah buat diriku.
2.2.2012
Ini tarikh yang pasti tersemat di kalbu. Hari ini, genap 4 tahun aku mengenakan purdah. Subhanallah, sejak kali pertama pada tarikh 2.2.2008 hinggalah sekarang, banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuh. Perjalanan sebagai seorang niqobgirl bukannya mudah. Memerlukan keteguhan jiwa yang teguh. Allah..
Tersenyum gembira. Sebak sangat. Teruja sebab dah 4 tahun rupanya aku berpurdah. Sangat indah. Sangat tenang. Aku merasakan diri aku selamat. Subhanallah, suatu yang tidak dapat digambarkan.
Dari dalam ‘coaster’, sewaktu perjalanan ke sini, bermacam yang ingin aku coretkan. Akhirnya terhenti begitu sahaja. Terlalu banyak yang bermain di minda dan fikiran. Teringat jauh pada wajah yang tersayang.