Pages

Tuesday, November 15, 2011

EPISOD 16 : BERJALAN TANPA HENTI


          Esok ada sambutan ISTIQBAL YA RAMADHAN di SAIF. Hari ini semua orang sibuk memasang khemah. Budak-budak lah yang paling riang, berlari ke sana sini. Susun kerusi. Tolang kemas pentas. Cute! Subhanallah..suka tengok semua orang bekerjasama.

          Aku masih di kantin SAIF, tolong kak Syida. Hari ini, aku kena masak Ikan Masak 3 rasa. Fuh! Sapa suruh menunjuk sangat tadi, last-last kak Syida suruh aku masak hari ini, untuk makan petang budak-budak SAIF yang tinggal di asrama.

          Azan Asar dah berkumandang. Semua orang sudah mula memenuhi ruang surau untuk menunaikan solat Asar. Aku masih lepak-lepak di kantin. Nak curi-curi makan ayam goreng walhal aku allergic ayam.

          Aku berjalan ke depan ruang kantin. Nak culik satu bekas ayam. Aku ambik satu bekas ayam goreng, bawa ke ruang memasak. Alamak, budak skema ada. Tanpa disangka-sangka, tengah nak mengelak budak skema, aku terpijak sesuatu.

          Sesuatu yang berbulu lagi menggelikan. Lantas jeritanku memenuhi ruang bumi SAIF, ayam goreng jatuh tergolek. Segera duduk, menutup mulut! Haish! Kucing punya pasal.. sungguh menggelikan!

          Nasuha, inilah balasannya. Orang kata jangan makan ayam, nak makan juga. Last-last inilah penghabisannya.

Wink * Wink * Tataaa ayam goreng!

*****
          “Nasuha.. jom pi dusun?” ustazah Hasnah menghampiriku yang sedang berdiri di pintu kantin.

          “Ha? Sekarang ka? Nasuha bau kantin niii..” aku menjungkitkan keningku sedikit. Ustazah Hasnah mencubit aku. Auch! Sakit..

          “Pakai ja la.. jom la.. budak lelaki naik van.. kita naik kereta ustazah..”

          “Orait..jap, Nasuha nak solat Asar dulu..”

          Aku berlari anak menuju ke HESA. Tinggal Kak Timah sorang, Kak Syida dah balik. Aku segera bersolat. Siap-siap nak ke dusun. Fuh! Pengalaman pertamaku terjah dusun Ustazah Nani.. aku pun tak kenal sapa ustazah ni.

          Kami naik kereta Myvi. Budak lelaki naik van SAIF yang ‘cute’ -à cute ka? Wallahua’alam, anda nilailah sendiri ^_^ kereta Myvi ni sudah sendat dengan 4 orang budak perempuan.. Syauqina, Intan.. yang lain-lain aku sudah lupa, ditambah pula dengan anak lelaki ustazah, 2 orang. Haish… bayangkanlah betapa seksanya..macam tin sardin!

          Sampai di Gurun, ustazah berhenti hantar 2 orang ‘hero’ ustazah di klinik suaminya. Nampak sangat 2 ‘hero’ ni merajuk. Nak ikut juga. Apakan daya, tak muat sayang…

          Kami terus menuju ke Jeniang. Sesekali aku mencari kelibat van SAIF yang ‘cute'. Haish.. batang hidung pun tak nampak. Kami puas menahan ketawa dalam kereta. Jangan van tu buat pasal lagi sudah. Tak pasal-pasal merempat tepi jalan budak-budak tu.

          Kami ikut jalan shortcut dan tembus di Gurun. Baru sahaja kami nak belok ke kiri, ada satu benda yang buat kami teruja.

          “Eh! Van SAIF daaaaaaaa!”

          Semua orang berpaling ke tepi. Haha! Van SAIF. Fuh! Style giler diorang ni. Kami hanya mampu menahan ketawa. Van SAIF hasil dari wakaf. Jadi, faham-faham sajalah keadaannya ^__^

*****

           Berkali-kali kami cuba menelefon Ustazah Nani. Tapi hampa. Tidak berjawab. Kami berhenti di Pekan Jeniang. Van SAIF kami biarkan sahaja di belakang. Masih belum sampai-sampai. Kami berhenti menanyakan tempat. Masuk ke laluan sebelah kiri.

          Pak cik kedai tu kata jalan depan lagi. Ada lorong sebelum jambatan. Tengah-tengah kami nak ke sana, muncul van SAIF, laju sahaja meluncur ke hadapan.

          “Wah! Diorang tahu tempat kotttt…laju jaaa”

          Jalan sesak. Kami masih menunggu untuk keluar dari lorong yang salah ini. kami berbual untuk seketika. Ustazah Hasnah menjerit kecil!

          “Laaaaa… diorang masuk buat pa kat sini?”

          Aku nampak Van SAIF masuk ke lorong ini. haish! Ustazah membuka tingkap kereta.

          “Hampa mai buat pa kat sini?”

          “Laaa…dah budak-budak ni nampak ustazah mai sini..”

          “Haish..salah jalan daaa.. satu lorong lagi..”

          “Orait!”

*****

          Lorong kecil kami terjah. Suasana kampung. Jalan di situ sedang diperbesarkan. Nampak tandus. Kami tercari-cari di mana kebun Ustazah Nani. Aku cuba mendail nombor telefon ustazah beberapa kali. Namun, masih hampa. Masih tiada jawapan.

          Dari satu lorong ke satu lorong kami masuk. Rumah berhantu pun kami terjah ^_^ hampa! Tiada apa yang kami temui. Kami berhenti di tepi jalan. Ustazah turun menanyakan sesuatu. Budak-budak semua turun. Aku malas nak turun. Duduk dalam kereta. Van SAIF ni buat pasal pula. Si Khairul dengan Syed alih van ke depan kereta ustazah. Hampeh!

          Tiba-tiba telefonku berbunyi.. Ustazah Nani! Macam mana ni.. aku tak reti nak cakap. Aku terus keluar dari kereta. Kalau nak pergi kat ustazah Hasnah, jauh pula diorang. Mahu tak mahu, aku menuju ke Van SAIF.

          “Niiii…jawab sat, ustazah Nani call..”

          Khairul dan Syed berpaling ke arahku. Aku beri telefonku. Aku biarkan diorang. Aku terus menuju ke kereta. duduk kembali ke dalam kereta. Budak-budak dan ustazah sudah kembali ke kereta.

          “Semua ni dusun ustazah Nani laa..”

          “Semua ni?”

          Suara aku agak meninggi. Terkejut. Masyaallah…rupanya, sepanjang jalan ini adalah dusun ustazah Nani. Pergghhh..hebat!

          5 minit kemudian, ustazah Nani tiba dengan kereta kembaranya, bersama dengan beberapa orang Muslimat. Rupanya ustazah dan suami YB di Kawasan Sik ini. subhanallah.. jiwa serikandi. Bekerja hingga lewat petang. Sweet aku tengok ustazah. Manis sangat mukanya.

          Kami panjat bukit yang di hadapan kami ini. Kereta kami biar di bawah, hanya van SAIF yang naik ke atas. Budak-budak lelaki dah semangat kutip buah rambutan. Tapi tak banyak sangat. Setelah berbincang, ustazah nak bawa kami ke dusunnya di Markaz Pas, situ banyak buah. Fuh! Teruja aku mendengarnya.

*****

          Sampai di Markaz Pas Kalai, aku cukup teruja. Waaa… merahnya buah rambutan tu. Aku dongak kepala ke atas. Fuh… rimbunan buah rambutan. Bestnya! Kami semua sibuk mengutip buah rambutan. Subhanallah..seronoknya. Ukhwah dengan budak-budak SAIF.

          So funny.. diorang ni suka cari pasal dengan aku. Baling buah rambutan kat kepala la. Amboi! Berapa orang dah aku ‘ligan’. Best! Rindu zaman budak-budak ^___^

          Kami berjalan menuju ke belakang. Lagi banyak. Suasana kian gelap. Dah nak maghrib. Pokok buluh banyak kat situ. Nampak cantik sangat suasana di sini. Aku mengajak budak-budak ni balik ke markaz memandangkan sudah gelap dan rasa macam lain sahaja. Kami berjalan ke markaz.

          Sebuah kereta kancil baru tiba, Ya Allah.. si Qoyyum dengan beberapa orang budak lelaki baru sampai. Hanya semata-mata untuk menghantar minyak van yang dah nazak. Apa daaaa… alang-alang dah hantar minyak, diorang pun tumpang sekaki..

          Kami solat maghrib berjemaah di dalam markaz. Usai solat kami nak beransur pulang. Ustazah Nani ajak singgah rumah. Kami menolak sebab banyak kerja di SAIF untuk sambutan esok. Semua warden lelaki pula ada kat sini. Tinggal warden perempuan ja kat asrama.

          Kami sudah menolak. Tiba-tiba ada 2 orang budak lelaki, naik kereta ustazah. Ustazah pun terus jalan. Si Qayyum sudah bengang.

          “Laaa…kenapa diorang naik dengan ustazah Nani pula? Haish, nak balik ni!”

          Semua orang sudah bengang. Dah lewat ni. Takkan nak pergi umah ustazah lagi. Memang kena budak 2 orang tu!

*****

          Uweeekkk…

          Sudah beberapa kali aku muntah. Bau durian di dalam kereta yang begitu kuat. Sesungguhnya, Nasuha tidak suka bau durian. Busuk! ^___^

          Kami sudah beransur pulang. Itupun setelah agak lama berada di rumah ustazah Nani. Kami pujuk ustazah untuk bungkus sahaja makanan yang suami dia belikan. Sekarang, kami akan ke kedai dan ambik makanan yang dipesan kemudian balik daaa…

          Setelah selesai semua. Kami ada satu masalah besar. Ustazah Hasnah, rumah dia di Sg. Petani. Takkan dia nak hantar kami budak perempuan ke Guar kemudian baru balik rumah? Walhal.. Gurun ni dah dekat dengan Sg. Petani. Musykil.. musykil..

          Akhirnya, kata sepakat dibuat, ustazah balik rumah. Aku dan budak perempuan yang lain, kena sumbat dalam kereta ataupun van SAIF.

          Aku berdiri di hadapan Van SAIF. Budak-budak lelaki, selamber sahaja di dalam van. Tiada sapa mahu mengalah untuk beri ruang kepada kami untuk masuk.

          Aku terkebil-kebil di situ.. tidakkkkkk…. Nak balik!

Bersambung..

P/s : Maaf, berlaku kesilapan teknikal dalam penulisan, terlangkau kisah-kisah ini.. jadi, saya edit episodnya, sekalipun episod ini ditulis pada hari yang sama atau berbeza.. , sori ^_^

Qani’ah Mawaddah,
Sakan Yarmouk
7.49 am
15 November 2011

Sunday, November 13, 2011

" Gundah Hati Ini, Rupanya Tarbiah Allah"


          Hari ini, buka sahaja ym, ada kiriman dari seorang ukhti. Aku termenung untuk seketika. Diam seribu bahasa. Hatiku gundah memikirkannya. Sebak. Allah.. adikku, aku tidak sehebat yang disangka. Aku lebih hina darimu. Allahurabbi~

          Aku duduk berteleku. Aku koreksi diri. Hatiku sebak. Ada titis air yang mengalir. Aku geleng kepala ini, menunduk menyembah bumi. Menangisi satu kekesalan dalam diri.

Adikku,

          Dengar sini.. kakakmu ingin berbicara. Engkau katakan hatimu sukar dididik? Akak sudah tunduk malu padamu adikku. Akak tidak layak berbicara mengenai hati. Hati akak sendiri tidak terjaga. Allah..malunya akak padamu adikku. Kata-katamu, mengetuk pintu hatiku yang sekian lama membeku. Terima kasih adikku, kerana engkau.. ‘hati’ ku kian cair dengan rahmat Ilahi.

          Sakitnya hati, peritnya jiwa. Allah.. bukan senang adik, bukan senang untuk kita tarbiyah hati. Jika sebelum ini dan hari ini, adik lihat akak tabah dalam mentarbiyah hati.. sesungguhnya adik silap.. akak kecundang dalam mentarbiyah hati akak. Akak tidak layak menegur kalian. Akak hanya seorang Qani’ah Mawaddah, yang masih bermujahadah mencari redha Ilahi.

Adikku,

          Tika kalam ini ditulis, hati akak diruntun pilu. Air mata akak mengalir tanpa henti. Ya, akak benar-benar kecewa dengan diri ini. Muslimah akhir zaman yang tidak mampu menjadi contoh kepada ummah. Jika engkau mengatakan engkau hina, sedarlah.. bahawa akak lebih hina darimu adikku. Allahurabbi~

          Sakitnya hati, kerasnya hati untuk menangisi dosa lalu adikku. Itulah hati. Hati yang mati. Akak bukanlah yang terbaik. Namun, akak masih cuba..dan akan terus cuba menjadi yang terbaik. Kerana apa? Kerana akak dan adik seorang daie.. bagaimana kita mampu membentuk mad’u andai diri kita tidak sebaik mana adikku sayang…

Adikku,

          Akak sudi hulur tangan padamu, agar kita berpimpin tangan menuju ke gerbang bahagia dalam menggapai redha Ilahi. Akak bukan yang terbaik. Namun, akak akan cuba bersamamu, menjadi muslimah akhir zaman yang tabah dalam menghadapi mehnah duniawi..

          Tika engkau menerimaku sebagai kakakmu, sedarlah bahawa..aku bukan siapa-siapa. Tegurlah aku jika ada salah yang dibuat. Satu pintaku, jangan kau harapkan segala yang indah dariku , adikku sayang. Akak takut, tika kau melihat keburukan diriku.. engkau akan lemparkan aku jauh dari hidupmu. Akak tidak mahu begitu. Akak mahu berukhwah denganmu kerana Allah…

          Akhir kalam, syukran atas segalanya. Adikku, engkau bisa membuatkan diri ini menangis di malam hari. Terima kasih buatmu adikku sayang…

P/s : " Gundah hati ini, rupanya tarbiyah dari Allah.."


Qaniah Mawaddah,
Sakan Yarmouk,
1.37 am
13 November 2011.

Thursday, November 3, 2011

AKU RINDU KAMU

“Sumayyah.. rindu sama kamu!”

“Rindu kamu juga, Khadijah!”

Aku memeluk erat sahabat baikku, Khadijah Al-Kubra. Senyuman paling manis aku hadiahkan buatnya. Gadis kelahiran bumi Palestin ini tampak manis dengan busana Arabnya. Dialah sahabatku. Sahabat dunia akhirat!

“Sumayyah… lama kita tak lumba lari..huhu”

“Ye la.. kenapa? Dah lama tak rasa kekalahan ke?”

“Amboi..tolong sikit… Khadijah saja ja bagi awak menang tuh!”

Aku tersenyum. Keningku sengaja diangkat sedikit.

“Betul ni?”
          
           Sumayyah sudah mencekak pinggangnya.

          “Betul la!!”

          Aku sudah ketawa kecil. Bangun memeluknya.


          “Baik sahabatku sayang.. kali ni, kita tengok.. sapa yang menang?”


          Khadijah terus meleraikan pelukan. Menepuk lembut bahuku. Aku hanya diam memerhati. Wah! Siap buat garisan lagi!

          “No problem dear.. nampak tak kedai kecil berhadapan kuliah Adab?”

          Aku berdiri di sebelahnya. Mengenyitkan mata menandakan aku nampak.

          “Nak lari sampai sana ka?”

          Khadijah mengangguk lembut. Aku angkat tangan. Orait!

*****

          1….2….3

          Aku memecut laju. Pantas larianku. Perutku terasa senak. Aku pandang ke tepi. Khadijah menghampiriku sambil mengenyit matanya. Perutku terasa pedih yang teramat sangat. Aku memperlahankan larian. Aku nampak Khadijah sudah jauh ke depan. Kakiku makin lemah. Perutku terlampau sakit. Aku jatuh terduduk.

          “Yeaaah! Khadijah menang…!”

          Dari jauh kedengaran suara riang Khadijah. Meraikan kemenangannya. Khadijah menoleh ke belakang. Kaget melihat keadaan diriku.

          “Sumayyah…!”

          Aku hanya tersenyum melihatnya berlari mendapatkanku.

          “Kenapa ni..?”

          “Sumayyah ok je… Cuma sakit perut sikit..”

          “Jom kita gi Markaz Sihi…”

          “Eh..tak pa ja.. mungkin Sumayyah tak makan pagi tadi.. jom kita balik..?”

          “Eaaa.. betul ni? Jom kita balik rehat..”

          Khadijah memapahku. Aku tersenyum dan terus tersenyum. Aku cuit hidungnya. Dia memandangku kehairanan..?

          “Ada orang tuh menang hari ni..”

          “Dok diam-diam! Tak padan dengan sakit..!”

          Aku hanya ketawa kecil. Memeluk erat Khadijah. Subhanallah.. inilah sahabatku! Dialah temanku, sentiasa di sisi tika susah dan senang.

*****

          Jumaat yang sunyi. Kawasan jami’ah Yarmouk lengang dengan lautan manusia. Aku berjalan seorang diri di sebalik kesejukan pagi bumi Irbid. Membawa sekeping hati yang terlalu merindui susuk tubuh itu, Khadijah Al-Kubra. 2 tahun sudah berlalu. Kenangan itu masih tersemat di kalbu. Sekian lama kami bina persahabatan indah ini, ukhwah kami teruji.

          “Sumayyah…”

          “Ya…kenapa?”

          Aku kehairanan memandang wajah sugul Khadijah. Aku genggam tangannya. Ada air mata yang mengalir di pipinya.

          “Khadijah terpaksa pergi..”

          “Ha…? Pergi mana?”

          “Khadijah perlu pulang ke Palestin. Abi dan akhi Khadijah sudah syahid. Tiada siapa yang mahu menjaga adik-adik. Ummi keseorangan…”

          Khadijah sudah menunduk. Dia langsung tidak menatap wajahku. Aku sudah sebak. Ya Allah..inikah ujian persahabatan yang Engkau berikan kepada kami? Sesungguhnya aku tersangat mencintai sahabatku ini Ya Allah…

          “Pergilah Khadijah…”

          Khadijah memandangku. Mata kami bertaut. Aku sudah sebak. Aku peluk erat Khadijah. Allah…mampukah aku? Berpisah dengan seorang sahabat yang amat aku sayangi?

          Air mataku menitis. Ku genggam rantai tangan pemberian Khadijah kepadaku. Terukir namanya di situ. Sungguh! Aku rindu kamu, Khadijah Al-Kubra.

*****

          Aku berjalan di dalam sebuah taman, berhadapan kuliah Adab. Aku toleh ke sebelah kanan. Aku tersenyum. Aku menghampiri pohon zaitun. Aku berhenti di situ. Memejam mataku rapat-rapat. Pohon zaitun inilah menjadi saksi. Di sinilah ukhwah kami bersemi.

          “Assalamualaikum…”

          “Waalaikummussalam..”     

          “Kaifahaluki?

          “Alhamdulillah…”

          “Ana Khadijah Al-Kubra.. wa enti?”

          “Errr… ana Sumayyah…Malizi..”

          “Yaa… Malizi?”

          “Na’am.. min enti?”

          “Palestine…”

          Ukhwah kami bersemi hanya sebegitu cuma. Pertemuan di bawah pohon zaitun yang mengeratkan kami. Setiap kali ada masa terluang. Pohon zaitun itulah menjadi tempat untuk kami berehat sementara menunggu kelas seterusnya.

          Aku ingin sekali, mengulang kisah kami dahulu. Merindui kehangatan pelukan seorang sahabat dari bumi Al-Quds. Aku duduk menyandar di bawah pohon zaitun itu. Membuka lembaran surat dari Khadijah yang ku terima sebulan lepas.


Salam sayang sahabatku, Sumayyah..

          Apa khabar dirimu, Sumayyah. Khadijah harap, Sumayyah sentiasa sihat dan ceria selalu walaupun tanpa kehadiran Khadijah di sisi. Khadijah di sini, baik-baik sahaja. Arhh.. rindunya padamu sahabat. Rindu pada bumi Irbid. Subhanallah..tidak terbendung lagi rasa rindu ini. Apakan daya, pada Allah aku titipkan rasa rindu ini…

Sahabat..

          Bagaimana kehidupanmu sekarang? Khadijah agak sibuk menguruskan adik-adik dan keluarga. Ummi masih trauma. Meskipun sudah 2 tahun berlalu… kenangan abi dan akhi Khadijah masih menghantuinya. Ummi masih belum mampu menerima hakikat, bahawa abi dan akhi sudah pergi.

          Khadijah yang perlu bertungkus lumus membesarkan adik-adik. Akhir-akhir ini, serangan Israel di Tebing Gaza semakin menjadi-jadi. Ketakutan menghantui adik-adik Khadijah. Air mata yang menemaniku sahabat, bagaimana Khadijah mahu membesarkan adik-adik dengan suasana yang sebegini rupa?

          Khadijah tidak gentar Sumayyah. Dari kecil hinggalah Khadijah tumbuh menjadi seorang gadis, bumi Al Quds ini masih dijajah. Khadijah sudah lali. Andai kematian menjemput Khadijah..Khadijah tidak gentar sahabatku sayang.. kerana inilah realiti kehidupan kami di sini..

Sumayyah..

          Sahabatku dunia akhirat. Mungkin ini warkah terakhirku. Kekangan waktu dan kesibukanku menyebabkan masa terluang amat terbatas untukku. Khadijah banyak meluangkan masa untuk adik-adik dan gerakan mujahidah di sini.

          Akhawat merupakan aset penting dalam perjuangan. Khadijah telah bersedia dan menyerahkan khidmat diri ini untuk perjuangan gerakan mujahidah di sini, yakni membantu gerakan mujahidin. Doakan kami syahid dengan redha Ilahi..

          Doakan perjuangan Khadijah..doakan bumi AL QUDS ini! Sumayyah..   Khadijah sayang Sumayyah..apakan daya.. kita terpaksa berpisah..titipkan saja doa pada Allah…

Salam sayang dariku,

~Khadijah Al-Kubra~

*****

          Kitab مدخل الئ العقيدة aku tutup rapat. Hampir sejam Dr. Malkawi bersyarah di hadapan. Namun, tiada satu pun yang melekat ke dalam mindaku. Aku hanya memandang Dr. Malkawi dengan pandangan yang kaku. Perutku dari awal pagi tidak selesa. Seakan-akan dicucuk dengan duri yang tajam!

          Sabirin..kawan arabku hanya menampar bahuku lembut. Dia meminta izin untuk pulang. Aku hanya mengangguk lesu. Bilik kuliah 102 ini sudah lengang dengan pelajar. Aku mengagahkan diri untuk bangun. Aduh! Terasa pedih yang teramat sangat.

          Aku berjalan perlahan menuju ke Hijazi. Menahan pedihnya rasa, hanya Allah yang tahu. Betapa sakitnya. Betapa peritnya.

          Sampai sahaja di rumah, aku terus merebahkan diri. Aku berbaring di atas katil, memandang siling. Kosong! Ada keluhan kecil yang ku lepaskan. Aku mengiringkan badan. Mataku tertancap pada potret indah aku dan Khadijah di Petra. Ada air hangat yang mengalir. Aku rindu kamu, Khadijah!

          Aku lihat sebuah bangunan yang tersergam indah. Seakan aku kenal bentuknya. Kubahnya. Warnanya. Al-quds kah itu? Arghh…tidak mungkin itu Al-Quds! Aku di bumi Jordan. Al Quds di bumi Palestin.

          Aku berjalan menghampiri bangunan itu. Benar! Itu Al-Quds. Aku menggosok dahiku. Aneh! Dari kejauhan, di sebalik pintu utama Al Quds, aku nampak seseorang. Seseorang yang aku rindui, Khadijah!

          Aku berlari mendapatkannya. Ya! Dia Khadijah. Khadijah tersenyum memandangku. Aku peluk Khadijah erat. Aku menangis dalam pelukannya. Betapa ku rindu padamu sahabat!

          “Sumayyah..”

          Aku meleraikan pelukan. Sungguh, aku rindu akan suaramu. Aku memandangnya. Dia masih tersenyum kepadaku…

          “Mari ikut Khadijah…”

          “Pergi mana Khadijah..?”

          “Kita pergi jauh sahabatku……..”

          “Jauh…? Tapi ke mana?”

          “Ke tempat yang penuh ketenangan…”

          “Tapi…..”

          Khadijah mengenggam tanganku. Dia tersenyum. Sedikit demi sedikit dia berjalan meninggalkanku. Aku menangis. Aku cuba menahannya dari pergi meninggalkanku..

          “Khadijah, Sumayyah nak ikut..”

          Aku terasa bahuku ditepuk lembut. Aku membuka mata. Kelihatan Aisyah tersenyum memandangku. Aku terus bangun. Duduk menghadap Aisyah. MasyaAllah..aku bermimpi lagi.  

          “Rindu Khadijah ya?”

          “Hmm…”

          “Dah azan maghrib ni.. bangun solat ya..”

          Aku mengangguk lembut. Aku beristigfar beberapa kali. Allah, aku mimpi rupanya.

*****

          “InsyaAllah..pengarah Program Akses Pemikiran Islam kali ini, adalah Saudara Muaz. Manakala timbalan pengarah adalah Saudari Sumayyah..”

          Aku terkedu! Sejak bila pula aku boleh jadi timbalan pengarah? Aku pandang AJK Akhawat Permai yang lain. Masing-masing hanya tersenyum memandangku. Bila ku tanya, masing-masing menjungkitkan bahu.

          “Errr…maafkan ana, kenapa ana jadi timbalan pengarah?”

          “Ya…itu keputusan semua. Tanyalah akhawat yang lain..”

          Aku terus toleh ke belakang untuk kali keduanya. Masing-masing hanya menunduk. Diam seribu bahasa. Kedengaran tawa kecil di sebelah syabab. Aku naik geram. Terus aku pandang ke hadapan.

          “Hmmm…baiklah..ana cuba..”

*****

          Program Akses Pemikiran Islam berjalan dengan jayanya selama seminggu. Hanya berbaki sehari sahaja lagi. Kesihatanku agak tidak stabil akhir-akhir ini. Ramai kenalan akhawat menegurku. Perubahan susuk tubuh yang mendadak. Allah…

          “Sumayyah…enti ok tak ni?”

          “Ya…ana ok je Aisyah..”

          Aku melemparkan senyuman kepada Aisyah.

          “Jom..kita masuk dewan..”

          “Ok..”

          Aku berjalan seiringan dengan Aisyah. Perutku terasa pedih yang teramat sangat. Sukar untuk ku melangkah anak tangga depan kuliah Adab ini. Aku genggam tangan Aisyah. Aisyah memandangku.

          “Kenapa ni Sumayyah? Sejuknya tangan enti..”

          “Err…tak da pa.. ana nak minum air..”

          Aku masih menggengam tangan Aisyah. Aisyah tampak kerisauan. Kepalaku terasa berat. Pandanganku kian kabur.. Genggaman tanganku kian terlerai. Aku rebah menyembah bumi.

          “Sumayyah…Sumayyah…”

*****

          Dewan Kindi gamat dengan tepukan para pelajar yang terdiri dari pelajar Yarmouk dan juga pelajar JUST. Open Debate yang dianjurkan berjaya menghangatkan suasana. Semua orang ceria, bergelak ketawa sepanjang program.

          Haikal, selaku pengerusi majlis masih menahan debar di dada. Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi membuatkan hatinya sebak. Riak muka cuba ditenangkan setenang mungkin sebelum dia melangkah keluar ke hadapan pentas.

          Dia memejam mata rapat-rapat. Menarik nafas sedalam mungkin. Dia pandang sahabatnya yang lain. Muaz mengangguk lembut. Haikal terus melangkah ke hadapan pentas. Dia pandang ke hadapan dewan. Masih ada saki baki senyuman yang tidak lekang dari bibir para pelajar. Allah..

          “Alhamdulillah…Open Debate kita telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada para pendebat kerana anda mampu menghangatkan suasana…”

          Tepukan gemuruh kedengaran. Haikal diam seribu bahasa. Dewan kembali sunyi.

          “Di sini…ada dua berita sedih yang ingin ana khabarkan kepada kalian.. Pertamanya, kepada siapa yang masih mengingati Saudari Khadijah Al-Kubra, pelajar kelahiran bumi Palestin ini.. telah kembali ke rahmatullah kerana terbunuh sewaktu serangan di Tebing Gaza semalam.. mari sama-sama kita membacakan Al-Fatihah buatnya..”

          “Berita kedua..”

          Haikal tidak mampu meneruskan kata-kata. Dia menangis di hadapan pentas. Dewan menjadi gamat untuk seketika. Semua orang kaget dengan reaksi Haikal. Apa yang berlaku..?

          Haikal sedaya upaya menahan tangisnya. Dia perlu kuat untuk menyampaikan berita ini.

          “Berita ini mungkin akan menyebabkan kalian terkejut terutamanya di pihak akhawat..seorang insan yang kita sayangi, seorang insan yang juga merupakan timbalan pengarah Program Akses Pemikiran Islam ini….Saudari Sumayyah telah kembali kepada Pencipta-Nya sebentar tadi..kerana kanser perut yang dialaminya sejak 2 tahun yang lalu…”

          Usai berita itu, kedengaran esak tangis di sebelah akhawat. Barisan syabab juga turut bersedih dengan pemergian insan ini. Sumayyah..akhawat Irbid yang teguh keperibadiannya.. Haikal hanya mampu menundukkan pandangannya. Benarlah.. Khadijah dan Sumayyah saling mencintai dan menyayangi. Allah memakbulkan doa mereka...

        "Moga syahid mengirimu sahabat!.."



-AKU RINDU PADAMU-

Tinta Qani’ah,
Sakan Yarmouk
Irbid,Jordan
3 November 2011
8.17 PM