Pages

Friday, October 7, 2011

EPISOD 8 : BERJALAN TANPA HENTI

          Hari ini ada sambutan hari guru di tadika. Tadika Tasneem Bestari. Dapat banyak hadiah daripada anak-anak kecil. Seronoknya ^__^ first time dapat hadiah dari insan kecil. Ini gambar Hani Khalilah. Anak murid kesayanganku. Baru berusia 4 tahun, namun sudah petah berbicara. Allah… indah sungguh ciptaan-Mu…

          Sambutan hari guru begitu meriah. Kami potong kek beramai-ramai. Seronok sangat. Terasa diri dihargai. Kanak-kanak saling mengucapkan “SELAMAT HARI GURU..” Usai makan, aku dipanggil masuk ke dalam pejabat. Pengurus mahu berjumpa dengan aku. Dup dap..jantung menahan rasa. Kenapa ya?

          “Er…Nasuha…kami tak tahu nak cakap macam mana dengan Nasuha..”

          “Kenapa..Nasuha ok je..bagitahu saja..”

          “Betul ni? Apa yang kami nak cakap ni, harap Nasuha terima dengan hati yang terbuka ya..?

          Aku dah rasa lain. Pelik.. kenapa ni? Aneh bangat!

          “Err…ok ja..”

          “Macam ni..hari tu, Nasuha ada bagitahu..Nasuha nak berhenti kerja..kan?”

          “Ya..kenapa?”

          “Ok..pastu tiba-tiba Nasuha ada minta untuk teruskan bekerja sebab Nasuha nak sambung ke Jordan..tak jadi pergi Insaniah. Tapi.. kami dah cari pengganti. Ini bukan keputusan kami.. tapi ini keputusan semua, orang atas. Errr..kalau Nasuha sendiri la kan.. nak terus kerja kea tau macam mana..?”

          “Kalau boleh tu..memang la terus bekerja..tapi kalau tak boleh..nak buat macam mana kan.. Nasuha ok ja..”

          “Eh…jangan la macam ni…kami cuba bincang dulu..”

          “Hmmm…ok…”

*****

          Sedihnya hati ini bukan kepalang. Aku sudah berjanji kepada mak dan abah untuk mengumpul sebanyak 2 ribu untuk perbelanjaan ke Jordan dan juga duit tiket ke bumi Jordan. Kalau aku berhenti kerja.. mana nak dapat duit lagi ..? Ya ALLAH…sekali lagi Kau menguji insan kerdil ini.

          Aku masuk ke dalam bilik. Bilik yang memang disediakan khas buatku di tadika ini. Terus menghempas badan ke atas tilam. Menangis. Ya Allah..hebat-Nya ujian-Mu ini.. aku sudah lemah tidak berdaya. Kusut fikiranku memikirkan jalan. Adakah bumi Jordan kian kabur untukku???

          Teringat panggilan telefon dari abah tempoh hari…

          “Abah pergi jumpa tok njang..dia tanya.. ang pakai purdah ni..nanti balik nak kerja apa? Kerajaaan mana terima pakai tutup macam tu…”

          “Abah…nanti time kerja..Nasuha buka.. bila habis waktu kerja.. Nasuha pakai balik.. abah jangan la risau sangat…”

          “Awat abah tanya kawan-kawan abah, perbelanjaan kat Jordan tinggi? Seribu kena hantar tiap bulan..abah tak mampu nak sara ang…”

          “Ya ALLAH..kan Nasuha dah kata.. tak payahlah hantar banyak-banyak..sikit pun dah cukup… kawan Nasuha ayah dia hantar 5 ratus ja kat kakak dia..”

          “Betul ka.. tak pa.. mai bukti.. mai no telefon ayah dia.. abah nak telefon…”

          Aku terus meletakkan telefon. Ya Allah… beginikah akibatnya tatkala aku memilih Jordan sebagai haluan hidupku kelak? Kenapa begitu banyak cubaan dan dugaan yang harus ku lalui.. Ya Allah..kuatkan hati hamba-Mu ini…

          Mencapai telefon bimbit.. mendail no sahabat. Lantas ku kirim no telefon ayahnya kepada abah. Aku duduk bersandar di dinding. Mengharapkan bantuan dari-Mu Ya Allah…

Tittt.. titt.. mesej masuk ke dalam inboxku..

          “Abah bangga dengan kakak sebab sanggup berusaha…”

          Air mataku menitis. Aku tersenyum bangga. Terima kasih Ya Allah!

Bersambung…

Qani’ah Mawaddah,
10.42 pm
7 Oktober 2011
Irbid, Jordan

EPISOD 7 : BERJALAN TANPA HENTI

          “Weh..ana dapat UIAM…”

          “Enti jangan buat pasal..dah-dah.. kata nak pi Jordan kan?”

          “Ya la..ana nak pi Jordan..baru ja antar borang..tiba-tiba mai pula UIAM.. memang Allah nak uji ana betul…”

          “Tak payah la… tapi kan.. ana pun tak yakin sangat ana nak pi Jordan..tapi ana yakin nti dapat..”

          “Eh..jangan buat macam ni..nanti ana tak dapat Jordan macam mana?”

*****

          Jam dah menunjukkan pukul 5 petang. Pak Long menghantar aku ke rumah tok chik. Tidur sana, tumpang bilik abang busu. Esoknya pula, aku akan ke Kajang. Ziarah Pak Njang di Semenyih. Perjalanan yang panjang, mengajar erti kehidupan. Hari ini makan makan kegemaran. Ikan keli ^__^ sukanya..

          “Ha..makan banyak-banyak sikit..”

          “Memamg la.. Nasuha suka makan ikan keli..”

          “Makan la..kat Jordan nanti tak jumpa ikan keli dah..jumpa ikan josh..”

          “Amboi…!!! Huhu..”  

          Hari sudah pagi. Bersiap-siap untuk ke Kajang. Sampai di Kajang, terus ke kaunter tiket, bertanyakan tiket untuk balik ke Kedah. Semuanya tiket sebelah tengahari. Tiket sebelah malam, dekat Puduraya ada la. Haish… macam mana ni ? Aku call pak njang. Kami tak jadi beli tiket. Pak njang suruh singgah rumah dia juga, pastu dia bawa pi Puduraya, beli tiket kat sana.

          Hampir setengah jam menunggu, pak njang datang. Rumah sunyi sepi. Anak-anak dan isteri ada program di sekolah. Aku solat dan rehat-rehat sebentar sementara menanti mak njang balik. Kami nak pergi Seremban, ambil assignment mak njang. Kagum dengan pasangan suami isteri ini, sekalipun sibuk mengajar.. tetap kuat semangat untuk sambung belajar lagi. ^__^ bagusnya..

          Merentas 3 buah negeri.. dari Seremban kami ke Selangor.. dari Selangor kami ke Puduraya…Kepala kembali pening. Ditujah dengan pelbagai persoalan. Diasak dengan pelbagai soalan yang membuatkan aku sedikit pusing. Sama ada aku nak masuk dulu UIAM sementara tunggu keputusan Jordan atau tidak? Kalau aku masuk.. kos belajar lagi? Argghh.. macam mana ni? Macam mana kalau aku tak dapat Jordan? Takkan aku nak duduk rumah? Tunggu apply universiti untuk tahun depan pula…?

          “Macam mana Nasuha? Masuk la UIAM itu dulu.. bukan senang nak dapat.. kalau ang tak dapat Jordan macam mana? Kawan ang ni macam mana..?

          “Saya pergi KISAS dulu..takut tak dapat Jordan..”

          “Ha..tengok..kawan ang pun masuk KISAS dulu..”

          Aku hanya diam seribu bahasa. Buntu. Arghh…….! Mengapa jadi begini Ya Allah…

          “Bukan apa..ang kena dengar cakap orang tua sama..jangan buat keputusan sendiri.. kalau takut nak cakap kat mak..nanti pak njang call…”

          “Hmm….tak pa la..pak njang call la..”

*****

          Memejam mata. Seakan ingin menangis. Merintih dalam hati. Arghh…ya Allah… bantulah aku ya Allah… Tika sangat aku ingin mengecap kenikmatan dalam usahaku sendiri, Engkau mengujiku lagi, Engkau tidak pernah berhenti menguji. Sesungguhnya aku sedar.. ada aliran kasih sayang-Mu di sebalik ujian ini.. Aku redha Ya Allah….

          Sampai sahaja di Puduraya, terus berlari membeli tiket. Bas dah nak jalan. Kami semua berlari beramai-ramai turun ke tempat bas. kelakar ^__^ nikmat ukhwah terasa. Bersalaman dengan pak njang sekeluarga. Terus naik bas. Allah….

          Selamat tinggal Kuala Lumpur ^__^ hatiku teruji di sini. Usaha kecilku kian membara. Jordan…arghh…bumi impian yang kian kabur. Samar. Kuatkan dirimu serikandi. Yakin dengan Ilahi!

          Sampai di Kedah lebih kurang dalam pukul 1 pagi. Menunggu abah datang ambil. Aku menolak pelawaan untuk tidur di rumah Syafiqah memandang esok aku kerja. Kena balik tadika. Rindu sangat dekat budak-budak. ^__^

          “Ya Allah..pintaku kepada-Mu..ya Rabbul Izzati…dengarlah rintihan hati hamba-Mu ini…”

Bersambung…


Qani’ah Mawaddah,
1.13 pm
7 Oktober 2011
Irbid, Jordan

Tuesday, October 4, 2011

EPISOD 6 : BERJALAN TANPA HENTI


HOPE… aku membawa harapan yang tulus ke Kuala Lumpur kali ini. Harapan supaya aku bisa melanjutkan pelajaran ke bumi Jordan.     Jika minggu lepas aku temankan Syafiqah untuk selesaikan urusannya untuk ke Jordan, kali ini, aku sendiri yang akan menguruskan urusan aku ke sana. Benda yang terjadi sekelip mata. Seakan kerja gila.

Sampai di Puduraya pada pukul 5.30 pagi. Kami sudah cekap selok belok jalan di sini. Jadi, kami tidak mengambil masa yang lama di sini. Usai solat Subuh, terus naik LRT ke Wangsa Maju untuk ambik terjemahan Sijil Kelahiran dan result SPM.

Dari Wangsa Maju , aku dan Syafiqah ke Putrajaya untuk cop pengesahan seterusnya menghantar terus borang ini ke Kementrian Pelajaran Tinggi. Macam-macam Allah uji… kena marah dengan pak cik bus. Duit kena telan. Hmmm…bukan senang untuk capai kemanisan. Allah….

Selesai segala urusan..kami berpatah balik ke Putrajaya Sentral. Rehat di situ sampai solat Jumaat. Pak long nak datang ambik. Bawa ke pejabat dia di Kementrian Dalam Negeri. Penat dan sedih. Saja aku tak tunjuk kepada sahabat tercinta, rasa hati yang bagai disiat-siat. Aku dah pilih jalan ini, maka terimalah segalanya duhai diri.

Berehat di surau. Aku menuju ke tandas. Nangis ^__^ Ya Allah..berat sungguh ujian-Mu ini..tika aku memilih jalan ini, maka aku redha menerima segala ujian yang bakal Engkau berikan. Berjalan keluar menuju ke surau. Syafiqah sudah berlari keluar.

“Weh…kenapa?”

“Pak long nti telefon…dia sampai dah…”

“Ya ka…”

Aku berlari menuju ke pintu utama. Dari jauh kelihatan sebuah kereta mewah sedang menunggu. Malu nak masuk. Aku tak rapat sangat dengan pak long. Pak long dah tak kawin lagi. Inilah kali pertama meminta bantuannya berikutan pejabatnya bersebelahan dengan Kementrian Pengajian Tinggi.

Membuka pintu kereta dan duduk di sebelahnya.

“Lama dah sampai..?”

“Err…lama la juga…”

“Dah settle urusan kat Kementrian Luar Negeri?”

“Dah..tinggal nak Photostat..kat office pak long boleh Photostat dak?”

“Erm..boleh ja..nak cop sekali kan?”

“A’a…nak cop sekali…

*****

Kami bergerak ke Putrajaya. Wah…jauh juga kalau kami nak naik bus pastu jalan kaki ke sini. Jalan yang bersimpang siur. Mungkin bakal sesat. Pertama kali menjejakkan kaki ke bangunan kementrian. Mengikut sahaja langkah Pak Long. Maklum la, nak masuk office kena guna cop jari. Kami ni sapa la sangat.. ^__^

Terkedu dengan officenya. Setiausaha Kanan ICT, KDN kot…Hebat! Dapat anugerah pekerja terbaik kot. Pejabat yang tersusun rapi. Kemas. Dari sini, boleh nampak pemandangan yang cantik. Dari sini juga boleh nampak bangunan KPT. Apasal tak buat sambungan jambatan ja, tak payah aku turun bawah..jalan kaki.

“Hmm…mana benda yang nak Photostat..”

“Ok..ni dia..”

“Duduklah dulu… buat macam bilik sendiri ya..”

Waaa…aku landing sakan atas sofa. Siap posing tangkap gambar lagi. Last-last pintu bilik terbuka, pak long dah masuk. Baru padan muka, malu. Duduk di mejanya. Lihat dia mengecop sijil kami. Kemas!

“Ok…ni dia. Bawa ni ke KPT. Jalan kaki kat bawah tau. Pak long ada meeting. Satgi, kalau dah sudah.. kalau awal lagi, naik pejabat dulu. Rehat kat situ. Kalau nak tidur, tutup ja pintu ni.. ok?”

“Ok ja… terima kasih ^__^”

*****

Berjalan kaki menuju ke KPT. Fuh..luasnya kawasan. Penat juga kami berjalan. Aku nak makan dulu. Lapar. Tapi Syafiqah kata, selesaikan dulu urusan. Aku OK ja! Tapi hakikatnya..tak larat nak melangkah dah ni. Tak jumpa-jumpa lagi KPT.

Mendaki punya mendaki. Akhirnya..kami dah jumpa KPT. Berhenti sebentar di bahu jalan. Menyusun segala borang dan maklumat yang perlu sebelum kami hantar. Berjalan masuk ke dalam KPT. Terus menuju ke kaunter pertanyaan.

“Assalamualaikum…erm.. saya nak hantar borang sambung belajar ke Jordan..”

“Waalaikummussalam..oh..itu, adik kena turun ke bawah, cari bangunan 8 ya..”

“Oh ok..”

Kena berjalan lagi. Mujahadah sungguh. Kami nak naik lif. Pastu pak cik tu kata, kena masuk ikut pintu depan. Tapi, dia kata tak pa lah. Dia panggil seorang staff. Ikut dia. Kami naik lif dengan dia. Pastu dia buka pintu pejabat.

Eh! Apasal semua orang tengok kami. Rupanya kami masuk pintu belakang. Staff tu bawa kami masuk terus dalam pejabat. Tercengang juga kami. Aku menuju ke sebuah meja.

“Err…cik..saya nak hantar borang sambung belajar ke Jordan..”

“Oh..ini adik kena ke pintu utama, ini pintu belakang..”

“Ha..ya ka..ok…”

Malunya. Apasal boleh masuk pintu belakang ni. (Rezeki dan pertolongan dari Allah barangkali). Aku terus menuju ke ruang utama. Duduk di sofa. Rezeki kami. Allah..allah.. pegawai besar datang sendiri duduk depan kami. Dia semak segala dokumen dan terus terima. Cepat dan pantas! Aku dan Syafiqah saling memandang..

“Rezeki kita kan Syafiqah???”

“A’a…rezeki kita… ^___^”

*****

Aku berjalan keluar dengan hati yang lapang. Puas! Allah… aku kian tenang. Inilah puncanya. Jordan milikku rupanya. Maka hati yang dulunya gundah kian menjadi tenang. Inilah kasih dan cinta-Mu buat diriku. Deringan telefon mematikan lamunanku.

“Assalamualaikum… along..abang ni?”

“Waalaikummussalam..abang? abang mana pula..?”

“Abang busu la…ada kat pejabat abang Eii ka?”

“Oh..abang busu..a’a.. kenapa?”

“Datang tidur rumah abang nah? Abang Eii dah bagitau..”

“Iya la..tengok dulu… ni nak gi pejabat dia la..”

“hmm..ok..mai taw..”

Talian telefon dimatikan. Lawak betul. Aku pandang Syafiqah. Sejak bila aku ada abang ni? Ish..ish… kami sama-sama gelak. Tiba-tiba dapat pula mesej pula.

“Salam..pak long ada dalam meeting. Satgi, kalau nak naik pejabat, pergi kat pak guard kata nak naik bilik pak long. Takut korang tak lepas nak naik..kalau dia minta ic, tinggal ic kat situ…pastu minta kad”

Betul juga. Nak naik pejabat pak long kena lepasi banyak pintu. Aku menuju ke pak guard.

“Err..pak cik..nak naik bilik pak long saya..”

“Ha…?”

Weh..silap cakap!

“Saya nak naik bilik Encik Yusri..Setiausaha kanan ICT..”

Dia bagi kad. Gelak kat aku. Argh..payah betul nak masuk pejabat orang ni. Kanak-kanak ribena ini pun naik ke pejabat. Berjalan dua orang kami dengan galas beg di belakang. Macam kanak-kanak sekolah terlepas ^__^

Mulut kami tak boleh berhenti bercakap. Tiba-tiba..ada mata-mata yang melihat kami. Alamak! Bilik meeting pak long. Kami pecut. Mencari bilik dia. Masuk dalam dan tutup pintu. Memalukan! Hampir sejam di dalam bilik tu, pak long masuk. Dia bagi kami guna internet.

Aku pun buka internet. Membelek computer bilik dia. Tengok picture dia bercuti di England. Wah… seronoknya. Sambil membelek gambar, aku buka web KPT. Check jawapan Universiti. Tanpa disangka-sangka. Aku mendapat tawaran ke UIAM dalam jurusan ASASI SAINS KEMANUSIAAN. Aku pandang Syafiqah..

“Nasuha…jangan buat pasal. Kata nak pi Jordan!!!!!”

Terkedu…………!!!!!!

Bersambung..


Qani’ah Mawaddah,
1.10 pm
4 Oktober 2011
Irbid, Jordan