Pages

Thursday, September 15, 2011

EPISOD 2 : BERJALAN TANPA HENTI

          Setelah selesai urusan pengambilan sijil kelahiran dan result SPM yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, kami terus menuju ke stesen LRT dengan menaiki teksi. Kami perlu ke Kementrian Luar Negeri untuk cop terjemahan ni.

         Dari Wangsa Maju kami terus ke KL Sentral. Sampai sahaja di KL Sentral, berjalan ke sana sini mencari perkhidmatan yang disediakan untuk menuju ke Putrajaya Sentral. Sekeliling KL Sentral kami redah. Rupanya, untuk ke sana kami kena naik LCCT, transit di Putrajaya Sentral sebelum ke KLIA. Mana lah kami nak tahu, ingatkan nak pi KLIA… ^___^


          Suka naik LCCT. Perjalanan kami menggunakan bas dan LRT seterusnya LCCT dirasakan lebih murah berbanding jika kami naik teksi atau bawa kenderaan sendiri. Kami tiba di Putrajaya Sentral, cepat-cepat turun ke bawah mencari bas untuk ke Wisma Putra, Kementrian Luar Negeri.

          Sampai sana, kami lepak dulu. Makan roti yang kami beli. Bila siap makan, baru pergi kat pondok pak guard untuk masuk ke dalam. Tengok-tengok kami dah terlambat. Sekarang baru bermula masa rehat. Duduklah kami kat luar pagar sampai pukul 2 petang. Allah… panas . Kami pula pakai niqab hitam. Fuh… berpeluh ^__^

*****

          Segala urusan dah selesai. Kami patah balik ke Putrajaya Sentral. Menuju ke surau untuk solat dan berehat. Kami masih buntu. Sama ada nak berpatah balik ke Puduraya atau stay di sini dan bertanyakan tiket mana yang ada. Yang menjadi masalahnya, tiket hari ini sudah habis. Macam mana nak balik? Takkan nak tidur sini?

          Telefonku berdering menandakan ada panggilan masuk. Pak njang?

          “Assalamualaikum..ang ada kat mana?

        “Waalaikummussalam.. nasuha ada kat Putrajaya Sentral..”

          “Nak mai rumah ka dak?”

          “Erm…tak pa ka?”


          “Tak pa ja… satgi pak njang pi ambik…. Sekrang pak njang ada kat Banting, jadi pengadil Badminton..”

         “Ok…”

*****

         Kami balik malam ni juga. Pak njang telefon tanya syarikat Transnasional di Kajang. Rumah pak njang di Semenyih. Kami bertolak ke Kajang dan makan sebentar sementara menunggu bus.

         “Nasuha…ang cuba la dulu minta Jordan tu..”

          “Erm… mak bagi ka.. nasuha dah nak masuk Insaniah..”

          “Cuba ja la..”

          Naik bas dan terus duduk. Bagai nak pecah hati memikir semua ni. Jordan? Macam mana ni?

*****

         Sampai di Kedah, pukul 5.30 pagi. Ikut Syafiqah balik rumah dan berehat sementara tunggu mak datang ambik. Usai solat Subuh.. hatiku dah nekad…

            “Syafiqah… mak cik.. Nasuha nak pi Jordan!...”

Bersambung…….

Qani’ah Mawaddah,
7.53 pagi
Sakan Yarmouk, Irbid

Tuesday, September 13, 2011

EPISOD 1 : BERJALAN TANPA HENTI

          Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Aku masih menghadap internet sementara menunggu pukul 3, waktu bekerja di sebelah petang untuk mengajar budak-budak kelas KAFA. Tiba-tiba handphone berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Syafiqah.. sahabat baikku.

          “Salam.. nti free dak?”


          “Kenapa.. ?

          “Ana nak ajak nti pi Kuala Lumpur malam esok.. teman ana uruskan prosedur ke Jordan…”

          “Nti nak pi Jordan ka?”

          “Ya… nanti ana cerita.. jom la…”

          “Erm…esok Rabu la.. ana kerja..”

          “Ala… mintak la cuti…”

          “Ana dah nak berhenti ni… takkan asyik nak minta cuti.. erm.. nanti ana cuba ea..”

Talian telefon terus dimatikan. Jordan? Aku dah tak senang dulu. Aku memang suka bumi Urdun itu. Tapi halangan dari keluarga membuatkan niat aku terbantut. Alhamdulillah, aku dapat cuti. Pukul 12 malam kami tunggu bas di Shahab Perdana. Memilih serba hitam dan mahu mengenakan niqab arab. Tetapi terpaksa membuka kembali apabila ada halangan dari keluarga.

          Perjalanan jauh ke Puduraya Sentral membuatkan aku sentiasa runsing dan hati terusik dengan keputusan sahabatku untuk ke bumi Jordan. Bumi Jordan bumi impianku jua. Mungkin belum ada rezeki aku ke sana. Akur dengan keputusan untuk study di Insaniah sahaja memandang keadaan kesihatan dan kewangan yang tidak mengizinkan.

          Tiba di Puduraya Sentral pada pukul 5.30 pagi. Turun sahaja bas, kepala mendongak ke atas. Tingginya bangunan. Kelakar pun ada. Macam orang kampung masuk Bandar. Kami naik ke tingkat mengikut laluan yang tak siap. Masuk sahaja dalam Puduraya Sentral, takjub! Subhanallah.. canggihnya dunia teknologi hari ini. rasa macam stesen bas terbang! Serba canggih dan moden.

          Usai solat Subuh, masing-masing mengenakan niqab. Menguatkan semangat. Kami hanya datang berdua. Menimba pengalaman bersama. Inilah ukhwah dari zaman maahad, sentiasa berdua dan melakukan kerja gila-gila. Tapi Alhamdulillah..itulah pengalaman kami bersama.

          Kami turun makan. Mak ciknya cakap Indon. Aduh.. Malaysia ini sudah penuh dengan warga asing hingga mampu membuka perniagaan sendiri di Tanah Melayu. Usai kenyang, berjalan menuju ke stesen LRT. Terdengar deringan loceng di tengah kota. Rupanya bunyi loceng gereja. Masyaallah…

          Aku dan Syafiqah mana pernah naik LRT. Kaget. Beli tiket tapi nak bawa masuk tiket tak reti. Dah macam MR. Bean. Alhamdulillah boleh juga. Kami ambik LRT ke Masjid Jamek. Selepas itu membuat pertukaran untuk menuju ke Wangsa Maju.

          Naik LRT ke Wangsa Maju. Aneh dengan kehidupan warga kota. LRT sunyi sepi. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Aku dan Syafiqah saling memandang dan berbisik. “LRT ni macam berhantu ja..” memang tak best. Serius semuanya. Aku dan Syafiqah sahaja yang riuh ~__^

          Sampai di Wangsa Maju, naik bus. Mana kami nak tahu di KL ni guna kad. Naik sahaja bus, pak cik suruh beli kad. Mungkin kami nampak asing, dia abaikan dan minta RM2. Menuju ke PUSAT PERTERJEMAHAN NEGARA untuk ambil sijil dia yang diterjemahkan dalam bahasa arab.

          Melepak di sana sebentar sementara menunggu kaunter di buka. Hatiku terusik. Mak… nak pergi Jordan juga : (

Bersambung…

p/s: Berjalan Tanpa Henti ditulis atas sekadar perkongsian pengalaman dan keyakinan terhadap Allah. Bukan sebuah diari semata-mata. Harap maklum. Think positive, ok?

Qani’ah Mawaddah,
6.26 pagi
Sakan Yarmouk,
 Irbid, Jordan


Monday, September 12, 2011

TINTA PERTAMA

           Alhamdulillah, hari ini genap 2 hari aku di bumi Jordan. Kembali menulis dengan semangat yang baru. Semangat dan aura bumi Jordan yang meresap ke dalam diri ku membuatkan aku suka untuk kembali menulis. Blog juga aku ubah ke masa dahulu. Subhanallah, terasa kehangatan dan ruh yang ada dalam diri untuk kembali menulis.

            Pertama kali jejakkan kaki ke bumi Jordan, indahnya hanya Allah yang tahu. Menggenggam tangan sahabat tercinta, membaca al-fatihah 3 kali dan memulakan niat baru. Naik sahaja bas yang disediakan, aku pandang ke luar tingkap. Subhanallah.. inilah bumi Jordan. Bumi yang aku impikan selama ini, sekarang aku sudah memijak tanah bumi barakah ini.

            Sepanjang perjalanan, hanya memandang luar tingkap. Sebak. Terasa sedih. Perjuangan aku baru bermula. Kesakitan makin kuat dirasa. Ya Allah.. moga bumi barakah Jordan ini bisa menyembuhkan srikandi kecil ini.

           Kadang-kadang aku tidak sekuat mana, mungkin nampak ceria dan gembira di hadapan semua, tapi dalamnya perit melawan kesakitan yang tak kunjung tiba.

            Berjalan di kawasan Universiti Yarmouk membuatkan aku berasa takjub. Sukanya lihat keadaan Universiti Yarmouk. Tak sabar rasanya nak masuk kuliah… ~__^

            Buat sahabat-sahabat, rindunya pada ukhwah kita. Masih terasa pelukan dan tangisan di saat akhir kita berpisah. Terima kasih atas keprihatinan kalian dan doa kalian. Doakan ana sembuh dan berjaya melalui hari-hari yang mendatang di bumi Jordan ini.

Allah…makbulkan doaku….

12 September 2011
8.11 am
Irbid, Jordan