Pages

Monday, June 20, 2011

SAKITNYA HATI


Hati kian remuk. Hati kian parah. Pedihnya Ya Allah!!!!

Lantas apa yang harus aku lakukan. Apa yang harus kita buat??? Adakah perlu membiar hati terus menderita? Parah menahan keperitan?

Iman… bukankah engkau masih ada iman? Bukankah kita masih ada Allah? Argh… itu kunci utama. Allah dan Allah… usah cari yang lain.

Makin remuk…makinlah mendekati Allah…

Makin parah… makinlah mencintai Allah…

Allah… allah… berikan kami secebis ketenangan….


Serikandiasrar,
2o Jun 2011
12:11 pm

Sunday, June 19, 2011

TERUSKAN LANGKAH INI


Qani’ah Mawaddah,

          Aku teruskan langkah ini. Menghayun mengikut alunan aturan Ilahi. Kosong. Sepi… tapi aku tahu, Allah sentiasa bersamaku. Mengapa harus aku bersedih?

          Setapak aku melangkah. Meninggalkan kisah lama. Beratnya langkah itu. Peritnya hati ini. Lama kelamaan, ada secebis ketenangan mengisi kekosongan hati. Ketenangan itu makin terpancar tatkala ku bersolat.

          Aku solat lagi. Nangislah duhai diri.. kenapa tidak boleh? Kenapa? Argh… peritnya. Kerasnya hati. Pedihnya! Setitis air mata tidak mampu gugur.

          Ketenangan itu ada. Masih belum mendalam. Kenapa? Kerana titik hitam telah menutupi hatimu. Gelap. Tiada sirna cahaya. Allah.. kenapa jadi begini?

Saat dhuha akan bersujud…

Saat tahajud aku meratap…

Tapi air mata itu perit sekali untuk dialirkan. Seakan aku hipokrit dengan diri. Aku bangun. Melangkah keluar. Memandang langit biru…

Allah…berikanku secebis ketenangan…

Allah…alirkan ketenangan dalam diriku…

Aku hayun langkah. Aku tidak akan menoleh lagi. Yang lepas biar lepas. Aku harus pandang ke depan. Manfaatkan hari ini, usah difikir hal semalam. Gembira saban hari jangan biar hati berduka!


Serikandiasrar,
19 JUN 2011
9:11 am

Saturday, June 18, 2011

RINDUNYA


          Lamanya tak menulis  di sini. Masih belum ada kekuatan. Masih belum ada rasa untuk menulis kerana tiap kali pena ingin dilarikan, terasa sebak di dada. Ya Allah… kuatkan hati hamba-Mu ini.

          Rindu untuk menulis. Rindu untuk bermadah. Cumanya aku tidak mahu lagi tersalah langkah. Sekali lagi teruji di usia 18 tahun. Hanya Allah yang tahu perasaan hati. Alhamdulillah teruji. Syukur aku sedar akan kesilapan diri.

          Segalanya harus kerana Allah. Apa-apa yang kita suka harus juga disukai Allah… mungkin kita tidak tahu bahawa yang kita tidak suka itu terbaik buat kita, bahkan yang kita suka amatlah buruk buat diri kita hakikatnya.

          Aku temui kunci utamanya. Yakni, pohonlah apa jua yang engkau kehendaki kepada Allah kerana Dia yang mengetahui aturan masa depan kita. Kita tidak berhak menentukan kerana kita hanyalah makhluk pinjaman Allah..

          Aku akan terus menulis. Menulis kerana ALLAH…


Serikandiasrar
18 Jun 2011
11:19 am