Pages

Thursday, May 5, 2011

SUKANYA

          Sukanya tengok alam semulajadi. Terasa damai. Terasa tenang. Hati lapang apabila mata ini menatap alam ciptaan Ilahi. Tiap kali nak pergi berkelah, sepanjang jalan mesti dah bau panaroma alam semulajadi. Bau? Ya… ada macam satu bau segar. Sejuk pun sejuk. Kan?

          Tapi payah nak kecapi nikmat ini. Tambah-tambah di bandar besar. Fuh.. panas. Jerebu. Pencemaran alam.. payah nak dapat udara segar. Dunia dah tiba pada penghujungnya.

          Tidak mustahil suatu hari nanti untuk dapat udara segar, kita kena bayar duit. Sebab udara dan panorama alam yang segar sudah semakin pupus. Manusia berlumba-lumba untuk mendapatkannya…

          Bersyukurlah kita… jangan lupa sebut Alhamdulillah ^___^

Sayangilah alam kita!

Coretan serikandi,
Serikandiumar93
6:08 pm
5 MEI 2011

Wednesday, May 4, 2011

JANGAN PANDANG ENTENG

          Orang suka memandang rendah pada gadis berpurdah. Benar? Aku sendiri pernah laluinya… dan baru hari ini kata-kata itu menyentap lagi hatiku. Apa bezanya gadis berpurdah? Sukarkah kehidupannya pada pandangan dunia?

          Pelbagai tanggapan negative diberikan pada gadis berpurdah. Susah dapat kerjalah… kahwin lambatlah… macam-macam tanggapan kami kutip dan angkut.

          Kenapa dan kenapa? Apa salah gadis berpurdah ini? hanya kerana memilih purdah lantas segala hal dunia menjadi satu bebanan?

          Oh tidak! Maaf sama sekali.. aku juga gadis berpurdah. Kehidupan seharianku berjalan seperti biasa. Tiada masalah…

Aku ke sekolah…

Aku makan di tempat awam..

Aku bergaul di dengan orang awam..

Aku turun program..

Aku berjalan ke sana sini dengan tiada ras was-was…

Lantas apa yang perlu aku gusarkan… sukar dapat kerja? Argh..kenapa begitu sempit pemikiran kita. Memang kerajaan tidak membenarkan pemakaian purdah ketika bekerja. Jadi.. kita janganlah pakai time bekerja. Usai kerja…pakai semula. Kan mudah? Ustazah aku sendiri melakukan perkara sedemikian. Kita boleh… jangan menyempitkan keadaan…

*****

Think positive.. pakaian bukan penghalang pergaulan kita. Pakaian bukan penghalang kejayaan kita. Siapa kata gadis berpurdah itu tidak pandai orangnya? Buktikan… jangan pandang enteng pada kebolehan gadis berpurdah…

Biarpun terlindung di sebalik hijab.. ada rahsia yang harus disingkap!


Monolog serikandi,
Serikandiumar93
6:55 pm
4 MEI 2011

Tuesday, May 3, 2011

AKU DAH CUBA!

          Alhamdulillah, baru dikurniakan kesempatan untuk menulis. Sibuk sikit akhir-akhir ini. Tambah-tambah baru pulang dari Kuala Lumpur menguruskan sesuatu di sana.

          Tiada apa yang menarik ingin aku kongsikan di sini. Cukuplah aku kepilkan sekeping gambar di sini. Aku langsung tidak berniat untuk memakai niqab arab di sana. Terlintas di hati. Setelah sekian lama menyimpan. 3 tahun lamanya menyimpan niqab ini di dalam sampul yang aku tempah pada tahun 2008. Tahun 2011 baru mampu untuk memakainya.

          Subhanallah… rasa seronok pakai niqab ni. Nampak mata sahaja ^___^ rasa tenang sangat-sangat. Sekalipun ini kali pertama mencuba, aku tidak rasa kekok, tambah-tambah langsung tiada manusia yang memandang pelik di KL ini. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing dan tidak menghiraukan manusia lain. Takjub! Jadi.. mudah sahaja berjalan di KL… tak rasa pelik pun!

          Tapi… mampu kuat pakai untuk ketika itu sahaja. Balik kedah aku masih mengenakan purdah yang biasa. Kenapa? Masih belum ada kekuatan untuk istiqamah dan belum cukup kuat untuk berhadapan dengan mak ^___^

Apa-apa pun aku dah mencuba! Kalian bila pula?

Salam mujahadah…

Diariku,
Serikandiumar93
5:37 am
3 APRIL 2011