Pages

Wednesday, April 6, 2011

KEMBARAKU (PART 4)

            Hujan turun dengan lebat di luar homestay. Aduh, Terengganu hujan lebat, tak seronok la berjalan. Mak dan abah keluar beli sarapan. Kami bersarapan di homestay. Bila dah siap semua, kami bersedia untuk menjelajah Kuala Terengganu ni. Langkah pertama kami tuju ke Pasar Payang. Hujan…

            Ini kali kedua aku datang. Wah, dah lain. Banyak perubahan. Naik ke tingkat atas bersama mak dan adik. Abah dan adik lelaki lesap entah ke mana. Tak pa.. orang perempuan kan pilih barang lama. Rambang mata tengok banyak sangat baju. Semua berkenan… boleh bankrap kalau ikutkan nafsu, badan merana sebab duit habis… ^___^

            Berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Memilih barang tetapi tak beli. Kita kena pandai pilih yang cantik dan berpatutan baru puas. Berkenan dengan sepasang baju bercorak batik, tapi survey dulu kat tempat lain. Bila dah rasa yang tadi elok… patah balik. Puas hati, warna hijau lagi… tak pa, tak guna duit mak, duit sendiri…

            Setelah puas membeli, beralih pula ke bangunan satu lagi. Masyaallah.. lebatnya hujan. Tak puas lagi kami ni membeli. Sekali sekali… di pertengahan jalan, adik terjumpa teddy bear, tapi bukan teddy bear, kali nih penyu…. Beli lagi…

            Macam-macam beli. Ish… habis duit. Tak pa, kepuasan untuk sementara masih ada duit. Turun ke tingkat bawah. Aku mencari satu benda. Ha… jumpa… sedozen budu! Fuh.. semangat untuk membeli budu sebab sudah jadi kegemaran….

            Siap sedia untuk balik. Allah… banjir tengah-tengah pasar tu. Naik balik ke tingkat 2 untuk turun ke tangga lain supaya dapat elakkan banjir tu. Alhamdulillah berjaya….

*****

            Ronda-ronda Terengganu dalam keadaan hujan, tidak berapa seronok. Bukan tidak berapa… memang tak seronok.. mencari kedudukan masjid Kristal. Alhamdulillah jumpa. Subhanallah… kali pertama bertandang ke sana. Ramai orang datang bergambar. Tapi mungkin tak seramai hari biasa yang tidak hujan. Hanya mampu memandang dari jauh sudah cukup. Menanti mak dan abah yang sibuk bergambar, agak kebosanan. Dah la hujan… bila la nak pergi dari sini…

            Setelah agak lama di situ, kami beredar untuk mengisi perut. Sampai di simpang 4 kami sesat. Boleh dikatakan, keempat-empat jalan di simpang itu kami lalu. Lepas makan baru kami cari balik jalan. Awat la besar sangat Terengganu ni. Kenangan sungguh apabila masing-masing menunjukkan jalan, akhirnya salah jalan~~~

            Kami nak meneruskan perjalanan kami ke Pahang pula. Sesat juga sementara nak cari jalan ke Kuantan tuh. Akhirnya jumpa… langkah kembara kami semakin tersusun. Melalui jalan di sekitar Marang yang penuh dengan pantai di sekeliling dia membuatkan kami tak henti-henti berhenti. Hanya gara-gara nak bergambar. Macam tak pernah tengok pantai ^___^

            Tapi satu ja… ombak kuat sangat. Tempias Tsunami di Jepun barangkali. Kali pertama berhenti aku turun. Kali kedua dan seterusnya aku malas… tidur dalam kereta lagi bagus. Akhirnya terlepas bergambar di satu tempat yang cantik. Gambar di atas, hasil dari pantai yang kami berhenti tapi aku tak turun. Rugi pun ada sebab bila belek balik gambar… cantik. Padan muka, lain kali malas lagi!

            Perjalanan diteruskan….jauhnya nak sampai Cherating. Luas sangat ganu nih… dungun baru tempuh… bila dah gelap baru sampai Kemaman. Tak sabar nak meninggalkan Terengganu. Akhirnya… 1,2….3… yes, dah masuk Pahang. Fuh.. lega.

            Kami sampai di Cherating dalam pukul 9.00 malam… Alhamdulillah…


Catatan kembara,
Serikandiumar93
1:38 pm
6 April 2011

Friday, April 1, 2011

RAISAH

            RAISAH!!!

Sudah lama tidak kedengaran gelaran ‘RAISAH’ ini. Tiba-tiba kawan sekelas sebut perkataan ini.. masyaallah.. aku sendiri sudah lupa bahawa aku adalah ketua kelas 5 HASANAH tahun 2010. ^__^ haish! Macam mana boleh lupa nih..huhu

Aku sendiri tidak percaya bahawa aku akan diberi amanah sebagai ketua kelas. Rasa macam kelakar. Serikandiumar memimpin budak-budak kelas 5 HASANAH. Kenangan sungguh kelas kami.. macam-macam tittle kami dapat… cikgu-cikgu terasa la… buat masalah le.. aduh… kelas aku tuh!

Memang kenangan… sekalipun banyak yang pahit, manis itu tetap ada… sekalipun banyak hati terguris dengan pergaduhan kecil..huhu, kegembiraan itu masih bersemi… bergaduh ke? Biasa le…budak perempuan..

Bila terkenang kenangan kita bersama… indah sungguh sahabat.. kenangan di kelas 5 HASANAH… kelas yang riuh dan paling riang dengan gelak ketawa kita bersama. Kelas yang cool dan sporting… tidak macam kelas-kelas budak pandai yang serius memanjang.. ^___^

Terima kasih sahabat kerana ikatan ukhwah itu… begitu indah sekali terasa…

TAPI…

          Itu dulu. Aku bukan lagi RAISAH kalian. Aku juga bukan lagi warga maahadi. Aku hanya memegang tittle ‘EX MAAHADIAN’. Huh… dah jadi bekas!

Aku kini bergelar seorang warga pendidik buat anak-anak kecil yang baru ingin mengenal erti kehidupan. Sukar sebenarnya untuk memegang jawatan sebagai seorang guru. Kita memikul amanah yang berat untuk mendidik anak-anak kecil ini mengenal erti kehidupan.

Gambar budak kecil di atas ialah SUFI… comel dan sangat pandai orangnya. Dia nak jadi ustazah macam aku! Terkejut dengan pengakuannya… SUFI.. seindah namamu wahai anakku… moga engkau akan membesar menjadi gadis yang cintakan dunia kesufian..

Sedar tak sedar… dah bulan 4 hakikatnya. Tidak lama lagi aku akan tinggalkan dunia mengajarku dan aku pula akan diajar oleh bakal-bakal pensyarah nanti. Subhanallah.. ini percaturan-Mu dan resam kehidupan dunia ini, kita tidak selamanya akan berada di atas… ada kalanya kita akan ke bawah~

Berhati-hatilah kita..jangan sampai tersalah langkah!


Coretanku,
Serikandiumar93
10:29 pm
1 APRIL 2011

SEGMEN 2 : ENTRY INILAH YANG PALING AKU SUKA



            Memulakan langkah pagi Jumaat ini dengan ronda-ronda blog orang… Tergerak hati buka blog Kak Liza dan terpandang satu segmen. Nak join… tetapi, masanya tamat pukul 9.00 pagi.. sekarang sudah pukul 9.30 pagi.. lambat setengah jam ^___^

          Tiba-tiba dia kata..buat saja dik.. huhu. Jadi, aku dengan pantas melarikan pena.. hmm… entry mana yang aku paling suka? Aku suka entry contest ayurashidah tu.

Sebab apa?

          Sebab aku menang ^___^ itu salah satu sebabnya aku suka entry tu. Sebab yang paling utama ialah entry tu merupakan satu bentuk pengakuan realiti yang seikhlas-ikhlasnya dari diriku.

          Begitu bermakna ku rasakan… ditambah pula, wajah ibu tercinta dipamerkan di situ.. senyuman ibu yang begitu berharga ku rasakan.. ketenangan wajah seorang ibu… senyuman yang dilemparkan akan aku hargai sebelum senyuman itu hilang diambil Ilahi… ia amat beerti bagiku!

          Jika ia beerti bagiku… aku juga harap ia beerti buat kalian…

p/s :
          Sempena 1 APRIL ini… tiada lawak jenaka APRIL FOOL yang harus kita lakukan… pagi Jumaat ini amat bermakna sekali, beribadahlah kita selagi mampu…

Kita masih sempurna sahabatku, usah malas beribadah kepada Ilahi…

Lawan dan terus lawan…

Semoga berjaya!


Bicaraku,
Serikandiumar93
9:55 am
1April 2011