Pages

Sunday, November 7, 2010

"Bicara Pedusi"


Judul : Bicara Pedusi
Harga : LE 23
Terbitan : Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sinopsis :

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagiaan hanya akan dikecapi dengan menuai sabar lantas itu jalan sufi yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan cara hidup yang berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung melalui internet dapat mengubati kerinduan antara mereka dan segalanya dikongsi bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah sejati.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.

"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi. Kerana ombak juga aku tahu Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku..."

Atas kerana inilah, kisah ini menggambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah biarpun di mana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerah paling berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI.


Komentar

"Sebuah penulisan yang mempunyai teknik penyampaian yang menarik. Setiap mesej yang diketengahkan sarat dengan nasihat dan makna yang tersirat. Bagi saya ia sebuah karya yang bisa meruntun hati pembaca kerana sudah pasti kita akan tertanya apakah ini realiti kehidupan seorang pedusi. Apa yang pasti kaum Hawa juga mampu melakar sejarah sepertimana kisah lampau yang memartabatkan srikandi Islam dalam menjadi mata rantai perjuangan menegakkan kalimah Allah yang satu." - Zulhafeez Ahmad Zahidi, Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) '09


"Buku yang diberikan judul 'Bicara Pedusi' ini merupakan satu seni susunan ayat dalam mengisahkan suasana Islam yang diinginkan oleh seorang wanita dan suasana sekelilingnya. Suasana Islam yang damai dan amat bertolak ansur dalam membawa satu-satu method ajarannya. Mengajar seorang wanita khususnya, manusia amnya menilai akan keindahan Islam dalam suasana yang cuba dibicarakan oleh penulis.

Kisah yang amat menarik tidak kurang hebatnya dengan sastera-satera lain yang hebat. Saya kira susunan ayat yang mudah dan jelas oleh penulis ini akan membuatkan para pembaca lebih meminati seni dan sastera kerana keindahan Islam bukan dek kerana khayalan yang dicetuskan sebagaimana penulis-penulis cerpen yang semata-mata beralasan cinta suci." - Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010.

Komen Penulis

Alhamdulillah. Atas rahmat Ilahi yang menganugerahkan pinjaman ini kepada ana, yang memberi ilham kepada ana untuk menulis. Atas rasa dan tanggungjawab untuk memberi sesuatu untuk ummah, tidak mampu mewaqafkan kudrat fizikal di medan perjuangan maka hamparan fikrah ini dilebarkan sebagai jaringan untuk menyampaikan risalah dakwah.

Seandainya mahu menikmati penulisan yang berlandaskan hadith dan dalil Quran untuk berhujah dalam menegakkan kebenaran, buku ini BUKAN yang terbaik sebagai bahan bacaan tetapi pada yang mencintai keindahan dan nilai sastera, moga buku kecil yang dhaif ini mampu membelai perasaan dan jiwa pembaca untuk menghayati jalan sufi yang dibelai dengan keindahan sastera melayu.

Mudah-mudahan Allah memberi ilham Nya untuk terus menulis...



Di Kau Terlalu Jauh....


Duhai diri,
Ku rasakan dikau terlalu jauh dari Ilahi
Ku rasakan diri ini terlalu kosong
Jiwaku sunyi dari kelazatan cinta Ilahi
Ke mana hilangnya kelazatan itu?
Kenapa begitu gersang hatimu duhai diri?

Ku semak helaian buku kesayanganku…
Buku berjudul BAWA HATIMU KEPADA TUHAN…
Ku singkap lembaran demi lembaran
Akhirnya ku temui jawapan…

Ku hayati bait katanya
Ku selami jiwa penulisnya
Ku tersentuh membacanya
Lantas ku renungi diri yang hina

Duhai serikandi,
Maksiat itu akan menutupi hatimu
Maksiat hati
Maksiat mata
Sudahkah kau jaga duhai serikandi?
Arghhh….
Jika ini tidak kau juga
Makin gelaplah hatimu

Ingat serikandi!
Ilmu itu cahaya
Ilmu tidak dapat menembusi objek legap
Yakni hati yang penuh titik noda….

Allahurabbi!!!
Ampunkan aku Ya Allah
Aku biarkan diriku ternoda dek nafsu durjana
Argghhh....
Kenapa begini?
Kenapa kau biarkan hatimu lalai duhai serikandi?

Ya Allah,
Di keheningan pagi
Ku menangis tersedu sedan menyesali perbuatanku
Tapi…
Di kala siang hari
Ku masih mengulangi perkara yang sama…

Argghhh…
Kenapa ku tidak mampu melawan nafsu durjana ini?
Kenapa hatiku masih terpaut pada benda yang sia-sia ini….
Ampunkan aku ya Allah…
Aku mengkhianati penyesalanku…
Aku hipokrit!
Aku bohong!
Aku berdusta….!

Kau ampunkanlah aku ya Allah,
Ku tidak sengaja menyakiti hati-Mu
Ku tidak mahu perjalanan hidupku tidak diredhai…
Ku tidak mahu perjuangan ini dilayari penuh noda dan dosa

Duhai serikandiumar…
Sedarlah engkau bahawa hatimu sudah lalai
Di mana prinsip yang engkau pertahankan?
Maafkan aku ya Allah….
Aku tidak setegas Umar yang aku agungkan….
Malah aku semakin goyah…

Ya Allah…
Bantulah diri ini bangkit kembali…
Kembali menautkan hatiku kepada-Mu
Kerana sesungguhnya perjalananku masih jauh
Ketepikan diriku dari duniawi yang sia-sia
Supaya ku kejar ukhrawi yang nyata!!!



~monolog serikandiumar~
serikandiumar93
7 November 2010

Saturday, November 6, 2010

Dosa 24 Jam Di Facebook!!!




Gadisku,
Izinkan aku menulis bait kata ini buatmu,
Aku tahu, siapalah aku untuk menulis semua ini,
Namun, aku punya harapan,
Penaku ini menusuk ke kalbumu,
Membawa satu perubahan,
Untuk bergelar wanita solehah.

Ukhtiku sayang,
Aku gusar melihat kalian,
Aku sedih melihat kalian,
Aku takut melihat kalian,
Kalian begitu asyik dengan arus teknologi,
Aku gusar kalian hanyut dibuai badai duniawi….

Aku menonton pita video ini
Allahurabbi….
Apa sudah jadi pada gadisku?
Begitu mudah kalian menayangkan tubuh kalian,
Buat khalayak ramai….

Arghh,,,,
Ke mana rasa malu kalian?
Ke mana hilangnya maruah kalian?
Di mana tingginya nilai seorang wanita Islam?
Ke mana?
Di mana?
Harus ku cari silapnya…..

Gadisku…
Engkau sebaik-baik ciptaan,
Tika masyarakat Arab Jahiliah…
Mempergadaikan harga diri wanita…
Rasulullah bangkit mempertahankan
Hak wanita Islam…

Tapi…
Sekarang…
Kita abaikan…
Kita biarkan…
Maruah kita tergadai…
Malu kita direndahkan…

Ya Allah,
Kau ampunkanlah dosa gadis-gadis ini
Mereka tidak sedar akan kesilapan mereka Ya Allah
Mereka asyik dengan keseronokan duniawi
Hingga mereka lalai untuk mengingati ukhrawi….

Ya Allah,
Sedarkanlah mereka sebelum terlambat
Janganlah Engkau meghukum mereka dengan seksaan yang berat
Kau tautkan hati mereka kembali kepada Islam
Kau bangunkanlah mereka dari lena yang panjang


nukilan hatiku iman,
serikandiumar93
6 November 2010