Pages

Thursday, August 12, 2010

~Ramadhan Bertamu~






Salam penuh rahmah kenikmatan Ramadhan Karim ku utus buat kalian semua. Aasif jiddan kerana sudah terlalu lama diri ini tidak menyiarkan sebarang artikel di teratak kecil Serikandi Umar ini. Ujian kesakitan yang Allah beri ini membuatkan serikandi kecil ini tak berdaya untuk mencoretkan sesuatu buat kalian. Ana mengharapkan doa dari sahabat-sahabat supaya ana tabah mengharungi hidup ini. Alhamdulillah, Madrasah Ramadhan kembali menjengah. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan! Terima kasih ya Allah kerana memberiku nikmat untuk bersama lagi dengan Ramadhan yang dinanti-nanti. 

            Ya Allah, Kau tembusilah hatiku dengan cahaya Ramadhan-Mu ya Allah…. Sesungguhnya aku terlalu merindui tarbiah Ramadhan. Aku telah mengabaikan Rejab dan Syaaban, jangankanlah Kau biarkan diriku jauh dari Ramadhan ini. Nauzubillah… aku tahu ya Allah Engkau takkan sesekali berlaku zalim kepada hamba-Mu, Cuma …hamba-Mu ini sahaja yang sentiasa berlaku zalim terhadap dirinya. Ampunkan diriku Ya Allah…..





Ya ALLAH...
Rindunya aku padanya..
Antara dua belas yang kukenal..
Dia yang paling istimewa..
Sungguh istimewa..
Tidak kunafikan..
Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
Rindukah dia kepadaku?..

Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
Terkadang hatiku tidak tulus..

Sedangkan dia Kau kurniakan..
Dia yang Engkau tentukan..
Yang mentarbiyah aku..
Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..
Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..
Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
Berdosanya aku..





ALLAH Ya Rahim...
Ampunilah aku..
Berikanlah aku peluang kali ini..
Untukku membetulkan apa yang aku silap..
Menampal mana yang terkoyak..
Aku rindukan dia Ya ALLAH..

Sebelum mataku rapat terpejam..
Izinkan aku bertemu dengannya..

Ramadhan...
Bidadari Kecil
Serikandiumar93
12 Ogos 2010
2 Ramadhan 1431

Tuesday, August 3, 2010

Buat Zahra Yang Kian Mekar (^-^)






Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Gadisku…
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.  Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. 

Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.

Gadisku…
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelakiSeandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.



Gadisku.....




Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.




Gadisku…

Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

Al faqirah ilallah,
Serikandiumar93
3 Ogos 2010

.::Cinta Bersulam Noda::.


          Salam sekancang dakwah ku utus buat para jundi sekalian.. apa khabar iman di hati? apa khabar mad’u yang sedang ditarbiah? Semoga semuanya berada di bawah lembahyung rahmat-Nya InsyaAllah. Dan diri ini juga berharap mujahidah kecil ini sentiasa diberkati oleh Allah supaya hari-hari yang dilalui sentiasa mendapat redha-Nya, kerana hari-hari yang dilalui dengan rasa cinta-Nya akan sentiasa terasa indah, terasa kemanisan hasil keredhaan-Nya. InsyaAllah.

          Madrasah Ramadhan kian tiba, namun diri ini seakan-akan tiada persediaan untuk menghadapinya. Diri ini begitu malu ya Allah, kerana aku telah mengabaikan Rejab dan Syaaban, jiwa terasa kosong kerana ibadahku kurang. masyaAllah, apa yang dah jadi pada serikandiumar ini ya Allah. Ke mana semangatnya? Kenapa dirinya begitu lemah melalui kitaran hidup duniawi sebagai hambu-Mu Ya Allah. Hatiku semakin keras ya Allah kerana tiada lagi alunan zikrullah yang meniti di bibirku, tiada lagi kalam indah yang mampu menaikkan semangatku, yang ada hanya jiwa kosong yang tercari-cari sinar iman. Allahurabbi! Apa yang telah melanda diri ini?

          Ya ALLAH, aku sedih memikirkan diri ini, ibadahku kian kurang, malam nisfu syaaban ku lalui dengan tiada rasa. Teringat peristiwa 2 tahun lalu, bersama-sama keluarga ku hayati malam nisfu syaaban bersama arwah wan yang tercinta. Tapi… kenapa penghayatanku terhadap malam nisfu syaaban kian tiada. Ya Allah jangan Kau tarik nikmat itu dariku ya Allah. Aku cuba menahan ujian yang Engkau hadirkan buat diriku ya Allah, badanku begitu lemah untuk bangun pagi untuk bersujud meluahkan rasa cintaku pada-Mu.
         
          Ya Allah, aku begitu rindu pada-Mu, namun ku tak mengerti apa yang telah berlaku padaku. Tiada langsung air mata yang mengalir sekalipun aku sedaya upaya untuk membuatkan diri ini menangis. Hatiku sakit tatkala ku memaksa diriku menangis. Adakah hatiku sudah keras seperti batu ya Allah? Nauzubillah.. jangan ya Allah… jangan kau ujiku sehingga sebegitu rupa. Aku sangat merindui air mata yang mengalir tika dinihari hanya untuk-Mu.

Duhai hati,
          Sedarlah dirimu hanya milik Allah semata, kenapa egomu terlalu tinggi? Lembutkan hatimu duhai serikandi. Sesungguhnya aku merindui serikandiumar yang dahulu, lembut tuturnya, penuh berhikmah, air mata keinsafan sentiasa mengalir, bukannya serikandiumar yang sekarang ini hanya tahu mengguris perasaan orang lain. Ya Allah, aku merindui diriku yang dahulu. Adakah kerana amanah-amanah yang diberi kepadaku membuatkan aku terlalu sibuk, hingga terlupa amanahku kepada-Mu? Kau cabutkanlah jawatan-jawatan ini Ya ALLAH, aku tak mahu semua ni, ianya membuatkan aku lupa kepada Penciptaku….

Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa

Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan

Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri 
Janji yang tak pernah lagi kutepati

Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu

                                                Pengemis cinta Ilahi,
      Serikandiumar93       
3 Ogos 2010