Pages

Saturday, October 30, 2010

Renungan Buatmu Sahabatku....


Bismillahirrahmanirrahim....

Sahabat seperjuanganku,
Dunia fana ini penuh dengan mehnah dan ujian,
Yang terkadang datang menerpa diri kita yang kerdil ini,
Kita terumbang-ambing untuk seketika,
Kerana kita tidak sekuat mana,
Lantas, kita semakin tunduk...
Tunduk hendak menyembah bumi...
Kita tercari-cari
Pautan untuk kita bangkit kembali
Tegak berdiri seperti sediakala

Kita tertanya-tanya
Kenapa begini?
Aku ingin menjaga diriku dari segala kekusutan dan keaiban duniawi
Aku tak mahu terjebak dengan tipu daya duniawi
Tapi kenapa....
Kenapa ia datang juga kepadaku...?
Aku tak mengerti....

Sahabatku,
Ayuh kita renung sejenak
Kalimah Allah di dalam surah Ali Imran
Apakah kamu mengatakan kamu beriman?
Sedangkan kamu masih belum diuji....
Nah....
inilah jawapannya...
Kekasihmu sedang mengujimu
Sejauh mana cintamu terhadap-Nya

Mencari Cinta Allah Yang Satu
Beerti tiada cinta insani buatmu,
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu,
Kelak, akan ada cinta untukmu,
Dari insan yang mencintai Allah
sebagaimana cintamu terhadap-Nya....

Sahabatku,
Usah kau fikirkan apa kata orang,
Biarkan mereka,
Ayuh kau cari semula
Dirimu yang sebenar


~monolog serikandiumar~
         11.25pm
   30 Oktober 2010

Friday, October 29, 2010

Aku Seorang SeRiKanDi uMaR



Sahabatku,
Aku hanya seorang serikandiumar
Hatiku setegas Umar namun mampu juga selembut Abu Bakar
Sekalipun zahirnya aku kuat, ego ku mengatasi segalanya
Namun,
Aku juga seorang wanita, seorang gadis…
Yang pasti menangisi nasib diri
Inilah lumrah seorang wanita
Sudah diciptakannnya sebagai seorang yang lembut dan mudah tersentuh

Serikandiumar ini terus merenung
Merenung jauh prinsip diri yang dipertahankan
Mampukah aku?
Menggapai cita-citaku…
Mencintai-Mu lebih dari segalanya
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku
Kelak, akan ada cinta untukku
Dari insan yang mencintai Allah
Sebagaimana cintaku terhadap-Mu Ya Rabb…

Aku seorang serikandiumar
Yang tidak betah duduk diam
Kerana aku seorang pejuang
Aku akan pastikan diriku sibuk dengan perjuangan ini
Kerana aku mencintai perjuangan ini
Kerana aku….
Kerana aku….
Mahu menggapai syahid di jalan-Mu…

Sahabatku,
Sokonglah aku dari belakang
Aku tidak mahu semangatku goyah
Aku mahu kekal begini
Aku serikandiumar!
Aku akan pastikan aku setegas Umar dalam menegakkan yang benar
Aku akan pastikan kebenaran tersingkap!

Duhai serikandiumar,
Tabahkah dirimu menempuh perjuangan ini
Gapailah cita-citamu
Ketepikan cinta manusia kerana ia perosak perjuangan
Jadilah dikau seperti Rabiatul Adawiyah
Cintanya tulus terhadap Ilahi

Ayuh serikandiumar!
Istiqamahlah dalam perjuanganmu!
Hebatkan thaqafahmu!
Mantapkan ruhiyyahmu!
Engkau berjuang kerana Ilahi
Engkau berjuang kerana cintakan syahid
Jangan sesekali engkau toleh ke belakang!
Allahuakbar!


~monolog seorang serikandi~

29 Oktober 2010

Thursday, October 28, 2010

Oprah Show


Bismillahirrahmanirrahim….
           
            Hati ini berat untuk menulis entry kali ini kerana ana takut ia takut salah faham akan berlaku bagi sesiapa yang tidak dapat menerimanya. Tika ini ana sedang menonton rancangan Oprah di TV7. Isu yang sedang hangat dibicarakan ialah mengenai Laman Sosial pada era teknologi ini. Ana tertarik untuk terus menonton rancangan ini apabila ada seseorang tetamu yang ditemu ramah menangis mengenangkan anaknya yang mejadi mangsa kekejaman laman sosial lantas menasihati ibu bapa remaja supaya tidak meletakkan komputer di bilik tidur anak tetapi meletakkannya di ruang umum seperti ruang tamu supaya dapat memantau kegiatan anak-anak mereka.

            Di Kanada, mereka giat menjalankan aktiviti  penangkapan penipuan dalam laman social. Pada tahun 2007, seramai 90 000 identiti dikesan. Polis-polis di Kanada giat mengajar ibu bapa cara memantau anak-anak dan menangkap pemangsa di Laman Sosial. Tahu apa yang Oprah persoalkan? Bagaimana kamu membiarkan anak kamu berhubung dengan orang yang tidak dikenali di laman social? Bayangkanlah apa yang akan berlaku.

            Baru sebentar tadi, dia menyarankan ibu bapa meletakkan perisian untuk menghalang anak-anak mereka membukan laman-laman yang tidak sepatutnya. Ada 3 aspek penting yang perlu ada pada perisian tersebut, 1) perlindungan 2) pengawasan satu lagi dah tak ingat… ana terfikir, kenapa orang bukan Islam malah mereka sendiri dari kalangan kaum yang mencipta laman social sendiri tidak menerima laman ini bahkan gusar laman ini membuatkan ana mereka terjebak dengan seks bebas. Tapi kenapa orang Islam sendiri, bahkan di kalangan Melayu tidak sedar hakikat ini.

            Baru sebentar tadi Oprah melaungkan, ayuh selamatkan anak kita! Lihatlah, mereka sendiri mahu menyelamatkan anak mereka dari semua kejahatan dunia teknologi. Kenapa tidak kita? Kita membiarkan anak kita yang setahun jagung, menghabiskan masa di laman sosial tambahan pula pada era kegemilangan Facebook ini. Oprah mendedahkan setiap hari pasti ada lebih kurang 10 000 lebih gambar porno kanak-kanak di laman sosial. Aduh, budak yang sekecil itu pun sudah terdedah dengan seks. Apa sudah jadi dengan bangsa kita?

            Kenapa kita tidak sama-sama bantu membanteras semua ini? Oprah baru sahaja menyeru semua peminat rancangan ini bersama-sama menyokong penguatkusaan undang-undang terhadap keselamatan anak-anak yang telah pun dikuatkuasakan hasil dari respond semua pihak setelah Oprah giat merungkai segala kemungkinan yang akan berlaku terhadap anak-anak kita.

            Ana menyeru kepada semua supaya sedar akan hakikat bahayanya laman sosial ini, ana tahu ana masih seorang remaja yang berusia 17 tahun, tapi ini harapan ana kepada ibu bapa sekalian, juga buat bakal yang bergelar ibu bapa, janganlah kalian mengambil mudah perkara ini. Jika kalian membiarkan anak-anak kalian begitu asyik dengan Myspace, Facebook… jangan kalian menyesal jika ada sesuatu yang terjadi kepada mereka. Ini realiti…. saudara ana sendiri kecundang dengan laman sosial Myspace di usia yang begitu muda. Ana tidak mahu melihat anak-anak muda Islam terpesong jauh dari landasan....

Aku gusar
Adakah apa yang ku katakan diterima umum
Aku tahu
Aku hanya serikandi kecil
Yang punya harapan
Bangsaku tidak alpa dimamah dunia

Aku hanya seorang serikandiumar
Yang punya cita-cita
Remaja Islamku kembali ke landasan yang benar
Ku mahu mereka kembali kepada fitrah asal mereka
Yakni Islam

Aku tahu
Kalian Islam
Namun sejauh mana identity Islam engkau bawakan
Buat apa sekadar Islam di mulut
Tetapi peribadimu jauh terpesong sama sekali
Munafik, fasik juga Islam
Tapi mereka dilabel dengan perkataan lain
Adakah kalian mahu dilabel mukmin atau munafik?

Remaja seislamku,
Aku mahu kalian sedar
Siapa kalian sebenarnya
Kalian pemimpin akan datang
Untuk lihat pemimpin akan datang
Maka lihatlah remaja hari ini
Tapi kalian lain!
Kalian tak seindah yang disangka
Mampukah kalian memimpin sebuah Negara?

Ku terkenang perjuangan Nabi di Medan Uhud
Takkan ku lupa jasad Hamzah dirobek-robek oleh Hindun
Begitu setia dia berjuang hingga syahid di Medan Uhud
Ku singkap saat kematian Rasulullah
Masih bersisa perkataan Ummati ! Ummati ! Ummati!

Rasulullah begitu menyayangi ummatnya…
Namun lihatlah apa yang telah kita lakukan
Kita khianati Rasulullah
Kita sakiti Rasulullah
Allah….
Maafkanlah kami….
Kami terbuai dengan arus badai duniawi….

Ya Allah,
Di kesempatan ini
Ku bermohon kepada-Mu
Kau bukalah minda ummat hari ini
Kembalikanlah mereka ke jalan yang lurus
Matikanlah mereka di dalam iman
Makbulkanlah doaku ini ya Allah….

pejuang kecil
serikandiumar93
28 Oktober 2010

Wednesday, October 27, 2010

Subhanallah...

            Subhanallah…
            Alhamdulillah..
            Allahuakbar….

            Indahnyanya ciptaan-Mu Ya Allah. Sesiapa sahaja yang memandang wajah bayi kecil ini pasti rasa seronok sebab comel sangat. Sekujur tubuh yang suci dari sebarang dosa ini lahir hasil cinta pasangan pilihan Allah. Maka lahirlah generasi penerus perjuangan ini. Setiap pasangan pasti menanti kehadiran permata keluarga kerana bayi adalah pelengkap kehidupan sepasang suami isteri.
           
            Namun, apa yang menyedihkan hati ini, semakin banyak bayi luar nikah dilahirkan. Memang mereka lahir dari rasa cinta pasangan masing-masing, tapi sejauh mana ikatan percintaan mereka. Sedar atau tidak, cinta mereka palsu belaka. Tidak sepatutnya rasa cinta diperjudikan dengan sebuah hubungan yang tidak halal. Bahkan membiarkan mereka terumbang-ambing, nafsu tidak tertahan lagi, maka lahirlah bayi-bayi malang hasil “cinta monyet” yang tiada kesudahannya.

            Aduhai, malang sungguh nasibmu bayi kecil. Sekalipun engkau comel sekali manapun, ibumu tidak menerima, bahkan membiarkan dirimu di tepi jalan, di tong sampah. Ibu berniat membunuhmu duhai bayi kecil! Maafkanlah ibumu, dia kebingungan kerana dia sudah tersalah langkah. Ingin di bawa mu pulang ke rumah, sudah pasti keluarga tidak menerimanya kerana telah melahirkan anak luar nikah. Jadi, dia lebih rela membuangmu demi menutup keaibannya.

            Remaja seislamku, kenapa kalian tega membuat perkara mungkar ini. Tidak cukupkah dosa kalian berzina untuk ditambahkan pula dengan dosa membuang bayi yang tidak berdosa?  Tidakkah kalian fikirkan perasaan pasangan lain yang sampai sekarang tidak dikurniakan anak dalam kehidupan berumah tangga mereka? Kalian senang-senang membuat hubungan haram dan senang-senang pula membuangnya. Aduh, parah sungguh remaja hari ini!

          Tahu di mana salah kalian? Salahnya kerana kalian meletakkan rasa cinta kalian tidak kena pada tempatnya. Kalian tidak adil kerana mencintai manusia lebih dari Allah. Bukankah Allah yang engkau patut cintai lebih dari segalanya? Ingat remaja, jika kalian mencari cinta-Nya yang satu, kiranya tiada cinta insani untukmu… kelak, aka nada cinta untukmu, dari insan yang mencintai Allah, sebagaimana cintamu terhadap-Nya….

           Renungkanlah remaja seislamku, di Palestine bayi-bayi kecil ini membesar dalam suasana perang yang sungguh dasyhat. Bila menginjak dewasa, kanak-kanak kecil ini dilatih untuk berjuang menegakkan Islam. Seusia 1 tahun mereka sudah mula memegang batu-batu kecil lantas membalingnya ke tank Israel durjana. Mereka tidak mati katak di tepi tong sampah seperti yang kalian lakukan kepada bayi kalian, tetapi mereka mati syahid kerana berjuang di jalan-Nya.

            Renungkanlah bait-bait sajak ini, luahan hati seorang ibu buat arwah anaknya di Gaza….

Bermimpilah yang indah, anakku
saat kucium keningmu dengan mata basah
lalu kukalungkan selendang berkotak pada lehermu
dimana serpih mortir Israel laknat itu menembusnya
dan membuatmu meregang nyawa
lalu menyebut nama ibu dan ayah berulang-ulang
menahan rasa perih menikam tulang

Bermimpilah yang indah, anakku
Ada ayah yang telah syahid menunggumu di gerbangNya
Airmata ibumu akan menjelma seumpama titian pelangi
membawamu kesana, ke haribaanNya yang kekal
bersama doa-doa yang ibu lantunkan
setiap saat, setiap kali,
saat membasuh pelan darah yang mengucur dari lehermu

Bermimpilah yang indah, anakku
Kamu tak akan sendiri
Ibu selalu hadir untukmu, disampingmu
menyenandungkan tembang-tembang syahdu
disela-sela gemuruh pesawat tempur merobek langit
dan dentum suara bom menggetarkan bumi
Ibu selalu ada bagimu
bersama lirih dzikir dan takbir penuh tawadhu’

Bermimpilah yang indah,anakku
dalam lelap tidur panjang,
kasih ibu menemanimu
bagai pendar cahaya dalam sepimu dan juga
pada riuh perang yang tak berkesudahan

Saturday, October 23, 2010

Teguran Buat Datin Rosmah ~_^



Bismillahhirahmanirahim

            Allahuakbar! Apa sudah jadi pada pemimpin Malaysia hari ini? Islamic Fashion Show adalah satu penganjuran fesyen menghina Islam, ana terkesan untuk menulis entry ini setelah membaca di Laman Islamku Online. Antara kata-kata penulis ialah~ Ini antara yang menarik untuk diberi perhatian. Jika anda seorang yang rajin 'menjelajah' ke blog2 berunsur Islamic dan ditulis pula oleh blogger2 muslimah yang ternyata sangat Islamic, anda akan dapati bilangan mereka sangat ramai. Blogger muslimah memang sangat ramai, bahkan tidak mustahil melebihi jumlah blogger lelaki. Lihat sahaja di Universiti2 di seluruh Malaysia, lelaki bagaikan hampir pupus. Blogger juga begitu. Terkecuali di sini blogger muslimah yang hanya pandai menulis 'ayat2 cinta' dan ' ketika cinta bertasbih'. Itulah yang diulit saban hari dalam blog mereka. Saya tidak ingin membazir masa melayan mereka dalam entri saya.”~

            Jadi, sebagai muslimah, ana turut terkesan dengan festival fesyen ini kerana pada pendapat ana, ana tiada rasa untuk mengenakan pakaian sebegitu rupa. Hal ini kerana, ia langsung tidak melambang ciri- ciri Islam. Bayangkanlah pakaian yang dipakai terpapar nama Rasulullah, walhal pakaiannya langsung tidak menutup aurat. Inikah pakaian muslimah wahai Datin Rosmah? Oh, bukalah mata, bukalah mindamu wahai Datin Rosmah, inilah adalah agenda mempersendakan agama.

            Ayuh muslimah sekalian, bersama kita memboikot festival ini kerana ia menghina pakaian muslimah, beginikah cara pemakaian wanita Islam? Maaf, Datin Rosmah, sejahil-jahil kami mengenai ilmu agama, kami sudah pasti tidak mahu mengenakan pakaian ini kerana ia menghina Nabi Muhammad S.AW. segeralah kalian memohon keampunan daripada Allah kerana takut-takut bala Allah akan turun kelak kerana sedarlah bahawa kita adalah umat akhir zaman.


Inilah adalah artikel yang ana petik dari blog Ustaz Nasrudin Tantawi. [Episode Sebuah Perjuangan]Selamat  Membaca. Buka mata, buka hati… lihatlah pada kebenaran sebuah penipuan!

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih  - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2.  Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia  dan ianya diasaskan oleh Dato'  Raja Rezza  Shah  sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya . 

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa  Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta  bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri  memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta. Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri  berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri. Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam  ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang  baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti  yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla. 

Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .





Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13.  Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang  saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam  dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .


~sekadar hiasan~

To Datin Rosmah From Serikandiumar

            Buat Datin Rosmah, serikandiumar seronok sangat jika Festival Fesyen yang diadakan seperti gambar ini. Jika, Datin sanggup menganjurkan program ini, insyaallah rata-rata muslimah termasuk serikandiumar akan turut serta kerana inilah pakaian Islam yang sebenar.


            Ini hanyalah pandangan serikandiumar buat Datin Rosmah sebagai pemimpin wanita bagi negara Malaysia. Sebagai pemimpin kita perlu mendengar aduan rakyat kan? Jadi, harap Datin Rosmah tidak marahkan serikandiumar kerana serikandiumar juga salah seorang daripada rakyat Malaysia yang mahukan hak untuk bersuara. Kami tidak mahu menjadi rakyat yang hanya mengikut apa pemimpin buat apatah lagi jika apa yang dilakukan melanggar syariat Islam. Ada sesiapa yang menyokong dak permintaan serikandiumar ni? ~_^
         
Rakyat Malaysia
serikandiumar93
23 Oktober 2010

Friday, October 22, 2010

Monolog Serikandiumar



Jiwaku kosong Ya Allah,
Penat sudah ku memikirkan
Nasib diri yang tiada berkesudahan

Saban hari,
Air mata menitis tanpa dipinta
Mengenang derita ini

Sesekali ku tersenyum kembali
Kerana inilah ujian Ilahi
Ujian tanda Cinta Allah kepada hamba-Nya

Kini ku kembali,
Di teratak kecil ini
Serikandi umar bermonolog kembali

Atas tujuan dakwah
Kerana-Mu Ialhi
Ku kembali ke sini
Biarkan apa orang kata
Asalkan ku gembira

Serikandi umar kembali bermadah
Buat tatapan sahabat tercinta

Ayuh bersamaku sahabat
Kita bermadah pujangga
Menyulam cinta pada Ilahi

Ya Allah,
Berikanlahku kekuatan
Untuk menulis kembali di teratak ini

Ku mahukan ketajaman penaku
Menusuk ke kalbu insan
Biarkan penaku
Setajam pena Syed Qutb
Hingga menjengah ke tali gantung!

Allahuakbar!

~monolog serikandiumar~
8.59 pm